Hujan

Salam semua.
Sekarang musim hujan. Pagi, siang, malam hujan. Teringat saya masa sekolah dulu dulu, bila pagi hujan, kami pakai baju rumah, ya lah pakaian biasa bukan uniform sebab takut basah. Uniform bawa bekal. Bila sampai sekolah, tukar pakai uniform. Atau pun guna slipper. Bawa kasut. Tiba sekolah tukar pakai kasut. Tak lah pakai kasut basah. Kalau ada student kasutnya basah, tiba sekolah, berkaki ayam atau ber slipper.Kasut jemur, dikeringkan diluar bilik darjah. Sampai lewat sekolah pun tak apa.
Pagi tadi hujan. Sejuk. Kat TV , saluran Kirana ada tayangan 'Duyung'. Dah banyak kali tayang, ada VCD but tak dapat tengok dengan sempurnamya. . Layan aje lah. Luculah. Seronok lagu 'Aspalela'. Lagu popular, evergreen senamrobik rakan-rakan emas sewaktu sesi 'Tai chi' bersama kakak. Ketawa kecil sendirian tengok telatah Saiful Apek and company. Sekarang sambil buat posting, kejap-kejap jeling 'The Making of Duyung'. Cantik lautan di Pulau Semporna. Tagline: respect alam sekitar, respect hidupan laut.
Satu lagi yang menghuburkan ialah Transformasi ....AF7. Saya memang follower AF sejak AF1 lagi. Pernah dulu, beri sumbangan kat SMS but now, no more. Nak pula sekarang nak lihat cabaran The Principal and team. Teringat masa jadi The Pricipal dulu. Macam mana expectation The Principal AF7 begitu jugalah expectation The Principal SMKTA, nak jadikan sekolah, sekolah cemerlang. Pressure oh. Syukur, tercapai juga.
Okeylah, nak layan TV9. Hujan dah teduh,,,

6 comments:

  1. Salam Cikgu

    amboi amboi ..layan AF tuh!! hahaha!
    KL sejuk sepanjang minggu ni. Sekarang pun masih lebat.
    Saya pun layan TV9 kalo pepagi.
    Jgn lupa ada Al Kuliyyah pukul 5pm TV3 hari ni.

    Lama cikgu tak update blog! Baru nak SMS tadi.

    Cikgu
    Kalo lepak Melaka , ada apa yg BEST?
    Paling BEST?
    Makan kat mana MURAH SEDAP MENARIK TERTARIK ?
    hehehe!

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Nora,

    Bestnya rilek rilex sambil nonton TV...insyallah saya juga akan join the group nanti...tak sabar rasanya menunggu....ada 2 tahun lebih sikit lagi! :-)

    ReplyDelete
  3. wah..kak nora pun ikut AF...

    ReplyDelete
  4. Vimmy,
    Cg lupa Al Kuliyyah sebab layan budak-budak kat rumah ni. Macam-macam ada kat Melaka. Perlu tourist guide ke? 12-14 Mac esok ada Food festival di Jalan Kota. Ada kedai makan asam pedas seberang jalan menara taming Sari di Plaza mahkota, selalu selebriti ke sana. Bila nak ke melaka?

    ReplyDelete
  5. Salam AY,
    Dua bulan tu tak lama lagi. Nanti bolehlah welcome AY to the group.

    ReplyDelete
  6. Acik,
    Kak kan dulu cg. Suka tengok cg-cg AF membimbing pelajar menyanyi dengan betul, menari, berlakun. Hujung minggu tak keluar rumah sebab tak nak miss konsert. Satu rumah minat, Cik..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.