Panas

Salam semua.
Hari ini cuaca panas. Terik. Dah pergi 2 jemputan kenduri: satu majlis perkahwinan di Bukit Baru. Berselera makan. Balik, kenyang, tidur kejap sementara nak tunggu ke satu lagi, majlis pertunangan di Air Keroh. Majlis kedua tu pergi after zohor. Pergi makan aje. Majlis sebenar sebelah pagi. Best juga lauk yang disediakan: nasi putih, ada solok lada, ayam percik, tempoyak (ini yang saya pilih). Tak makan banyak. Kekenyangan nasi beriani rumah pengantin masih terasa lagi.
Balik rumah, 'singgah' kejap 'rumah' bloggers tersohor AF7 dan of course 'kawang-kawang' cyber.
Dah petang, cuaca masih panas terik lagi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.