Apa hal ni?

Satu masa dulu, lama dah, orang-orang kampung saya guna satu centralised atau common tap atau public tap. Sebabnya rumah-rumah mereka belum ada bekalan air kerana tak ada paip . So dapatlah air free. Kat situlah mereka beramai-ramai himpun, ambil air, mandi, cuci baju. Jadi bila dah jumpa tu, tukar-tukarlah cerita dan khabar, khasnya mak cik-mak cik. Meriahnya waktu pagi. Sambil mencuci kain, borak-borak. Petang, yang uda-uda pula mandi. Mereka juga kongsi duit untuk buat simen kawasan tersebut. Sekarang, tapak pertemuan itu masih ada tapi paipnya dah tak ada. Tinggal sejarah saja. Setiap rumah dah ada bekalan air sendiri. Kalau nak tahu, meternya di tepi jalan utama dan batang paipnya nuuuuuuuuuun panjaaaaaaangnya sampai ke rumah masing-masing, jauh ke dalam. Bila ada batang paip bocor, kecoh....tanya-tanya siapa yang empunya. Nak tukar batang paip tentu makan belanja yang banyak
Jalan yang mudah mengatasi batang paip bocor (buat sementara) supaya tidak lecak rumah jiran ......... tapi saya suka kalau tak ada penutup, boleh sentiasa lembab pokok kesum saya. tapi kesian pula kat tuan punya paip, tentu bil tinggi!

Kebocoran belum dibaiki, cuma terdengar deseran air ........

4 comments:

  1. salam cikgu

    http://tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=214&ShowID=216&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=25260&VideoID=26539#ancPlayer

    link utk al kuliyyah
    atau cikgu klik jer kat blog saya.
    kat yg ada tulis al kuliyyag tuh la.

    ReplyDelete
  2. Vimmy,
    Thanks. Baguslah u ni, banyak beri maklumat.

    ReplyDelete
  3. biler paip bocor, berlaku pembaziran air kan...

    ReplyDelete
  4. Acik,
    Sampai sekarang belum dibaiki lagi, air pancutan sudah jadi air sungai.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.