Lunch

Salam semua. Minggu ni malas nak masak. What's for lunch? Di mana boleh, tapau je.
Isnin : Ikan patin masak tempoyak, peria goreng cili, sambal kentang goreng.
Selasa: Gulai kawah (to me , masak kari daging), tom yam ayam, goreng udang kertas, sayur lemak sambal belacan. Gulai kawah ada lebihan. JY pesan simpan dalam fridge untuk dimakan dengan roti. Rabu: Lunch di Sri Malaysia (dengan izin JY) bersama Datin Narimah. We had rojak buah dan popiah goreng for appetizer (buka selera kata orang) sambil menunggu main dish, (we went western), fish n chips. Minum, Narimah had carrot juice and me, air asam boi (sedap!). Oleh kerana dah lama tak jumpa, kami lepak-lepak, tukar-tukar cerita dari jam 12.45 hingga 3.30. Another friend (retired but still working) supposed to join us. We called her 'al mudarisun' (teacher in Arabic). But she could'nt make it, busy at JPNP. Uurrgggh.
Khamis : Maznah, my immediate neighbour, hantar satu dulang complete set nasi minyak dengan lauk pauknya. Patutlah ada bau sedap dari dapur Maznah. Dah jimat lunch kan? JY pula perut tak selesa. Instead he had roti makan dengan lebihan gulai kawah yang diperhangatkan.

(Terdengar bunyi burung-burun merpati sedang lunch, ribut n rebut)

Esok? Apa cerita? What's for lunch?

6 comments:

  1. kak,
    tapau sikit patin masak tempoyak tu..nak rasa macam mana orang pahang buat,,boleh tak cikgu...

    ReplyDelete
  2. sedapnya patin masak tempoyak tu. Dah lama tak makan..perlis mana ada tempoyak.

    ReplyDelete
  3. Ezza,
    Nak tapau boleh...hantar via poslaju boleh?

    ReplyDelete
  4. uuiihh...murah rezki kak nora nih...hehhe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.