Akhirnya

Salam semua.
Isnin. Took a 5 hour smooth journey to Kuantan. Alhamdullillah. Makanan tengahari siap di meja, JY beli lah. Rumah pun dah bersih. Siap vacuum dan mop. JY bersihkanlah. Thank you so much. Tapi belakang rumah? Tak bersih. Si burung-burung merpati telah jadikan belakang rumah 'budget hotel' mereka! Apa usaha lagi untuk menghalau burung-burung merpati? Kalau sejoli boleh diampun, ni panggil suku sakat bagai. Riuh 'mmm...mmmm' bila menjelang senja. kongsi ceritalah tu. Malam tahu pula tidur. Pagi tadi, saya pulun bersihkan kekotoran yang ditinggalkan. Ranting-ranting kayu bersepah. JY sedang fikir idea nak halang kembalinya burung-burung itu.
BTW, akhirnya saya dapat rebate ikhsan kerajaan. Rebate apa? Rebate subsidi minyak petrol. Orang lain dah habis belanja agaknya. Saya baru nak dapat. Pegawai kat pejabat pos kata, katanya, pemulangan rebate ni extend hingga 14 April 09 khas untuk yang road tax tamat pada akhir bulan ni.
Okey, chao, nak makan tengahari.

4 comments:

  1. tak de jalan penyelesaian lagi pada burung-burung itu ye kak nora...
    takper....kak nora gi sembang sama, join the group dengan beburung tu. Masa sembang tu kak nora treneng la burung tu bio idak le buat onar kat umah kak nora...heheh..

    kekadang, haiwan lebih memahami hati kita dari manusia.

    ReplyDelete
  2. Cen,
    TQ lah atas cadangan tu. Nanti kak 'sembang' dari hati ke hati dengan gang merpati tu. Semoga burung-burung tu cari 'hotel' yang lain

    ReplyDelete
  3. salam kak nora,
    tak tau lah betul ker tak..orang tua2 kata kalu nak bagi ilang burung merpati..kita tangkap sekor pastu kita sembelih. Pastu letak kat mana burung2 tu suka hinggap. Nanti diorang tak datang dah. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  4. Dear Fiqah,
    TK akan petua orang tua2 tu. Kesihan pula nak sembelih.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.