Mek Bunga

Hi...cuba lihat klip-klip atau penyepit rambut yang menjadi trend bagi anak muda (gadis) sekarang. Ya, bunga tiruan pelbagai jenis, warna dan saiz digubah dijadikan hiasan rambut yang menarik. Ia kelihatan seakan bunga segar. Pemakainya nampak ayu dan berseri.Pada masa dulu, wanita-wanitanya tidak kira tua muda menyelit bunga segar di tepi telinga ataupun di celah sanggul rambut. Wanita-wanita India menghiasi rambut mereka dengan bunga-bunga segar seperti melur atau cempaka. Saya mula tertarik dengan klip bunga ini waktu satu musim AF. Nampak Linda Jasmine, dan beberapa student perempuan memakai klip rambut bunga orkid. Lepas tu nampak Missie Iman melaram dengan klip bunga kemboja putih. Cantik. Waktu shopping di mall di Bangkok pun saya nampak ada kedai-kedai assesori wanita menjual klip-klip bunga ini, macam-macam jenis bunga, warna, saiz. Tak pulak saya beli. Kat Jonker Walk Melaka pun ada tapi tak banyak choice. bunga kemboja putih kuning

orkid di tangan


diselit di tepi telinga...how do I look?



kemboja putih dengan sedikit unggu




manis mek bunga ni...
Bunga memberi aura kewanitaan!!!






1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.