Ini posting saya yang ke empat hari ni...banyak masa dan banyak cerita nak share. Yep, hari ni bandar Melaka meriah. Mana tidak nya...satu, perasmian 'Eye On Malaysia' oleh TYT Gabenor Melaka. Hai, dah beraleh 'mata' dari tepi tasik di KL ke tepi laut di Melaka. Keduanya, perasmian SDSP (Ssatu Daerah Saru Produk)peringkat kebangsaan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Yang kedua ni best. Dah called MsHart and MrS nak gi jengok-jengok apa ada kat MITC (venue SDSP) tahun ni. Last year, best, hari-hari pergi, cari makanan negeri-negeri, satu negeri satu makanan utama negeri itu. Nampaknya MsHart,MrS and sis, okey je...sehati seminat, jom ke MITC malam ni, InsyaAllah.Tapi MsHart kata dia kena baca doa kuatkan iman, takut tergoda dengan jualan-jualan yang ada. Saya dah ada target...
Jom...ke sana..
UPDATE: Rupanaya bukan SDSP tapi SDPI iaitu Satu Daerah Sati Industri. Jadi juga pergi tapi tahun ni tak lah gah macam tahun dulu.Tapi ya g best gi dinner kat dewan makan..besarnya dan boleh muat ramai orang. Mula-mula tawaf pusing setiap stall makan..buat survey dan pilih. Pilihan saya, Laksa Perlis dan Udang Sanggul dari gerai Kedah. Juga beli bawa balik Roti Arab. Dah kenyang...pergi round tawaf lagi kiosk dalam Dewan Utama. Ingat nak target kat kaftan..tapi tak ada yang menarik. Kuih, kerepek, kordial..semua jeling je..sebab dah kenyang..dan kuih raya ada lagi kat rumah. Tak ada godaan!!!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.