Kalau di Keyel once upon a time ada Eye On Malaysia, Melaka mana boleh kalah. Dia ada baby sister Eye..yap, Eye On Melaka..hebat Melaka kan. Ini lah bentuk nya. Sekarang Big Sis Eye dah ada di sini. So happylah Little Sis Eye. Satu di muara, satu di kuala..
Macam mana rupa 'Melaka RIver, Pirate Park' ni?
Inilah dia Pirate Ship yang ada di taman ini. Buaian hayun kanan kiri ke sampai ke atas maksima yang boleh...seram sejuk..kalau lemah jantung jangan cuba..sayup rasanya
Sebahagian Sungai Melaka, dulunya jalan air yang sibuk. Lihat airnya, biru ke atau ...datanglah tengok sendiri. Ada buaya tak di air tenang ni? Satu masa dulu, kalau hujan lebat, banjir kawasan ni..
Ada boat cruise lagi, menyusur Sungai Melaka, sukanya mereka, lambai sana sini, meriah!! Nampak tak walkboard walk di seberang sana, untuk pejalan kaki, ada wakaf lagi untuk berhenti rihat.
Inilah dia Pirate Ship yang ada di taman ini. Buaian hayun kanan kiri ke sampai ke atas maksima yang boleh...seram sejuk..kalau lemah jantung jangan cuba..sayup rasanya
Yes, di Melakaland, I luv u, ni ada juga Uptown, (mana boleh tak de kan?) setiap weekend. Pernah lalu di sini..Dulu buka every nite, tapi response poor. Senyap je, no actuvity. Jadi itu sebab nya ada attraction di atas. Hujung minggu aje lah meriahnya. Tengoklah JY, ada di Melaka, (kiri) tolong bantu memasang kanopi (dulu panggil khemah). Itu towkay kanopi dengan anaknya.
By the way, Taman Tema Mini ni ada satu lagi tarikan iaitu, Giant Jumping Trampolin. Siapa yang lepas geram tu, nak tunjukkan skill lompat artistic, trylah ..Dan semua attraction ni terletak di tebing Sungai Melaka, di kawasan yang dulunya tempat hentian Bus Ekspres. Kan sekarang dah pindah ke Melaka Sentral. Lenganglah tempat ni. Sekarang ni kembali meriah, waktu malamlah, terang benderang dengan lampu warna warni.
Go Melakalaland Go!!!!
Tapi jangan moden sangat ye, hilang seri ayu nya...
Saya..terkenang satu masa dulu......
di Disneyland dan Disneyworld dan juga Epcot Center!!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.