Salam semua. Teruja saya untuk menulis tentang cara orang-orang kita bersalam kini tapi fokus pada wanita saje ye.
Ada yang salam, cium tangan (tapi yang ada cium tangan sendiri). Ini amalan biasa kita lihat.Ada yang salam, tapi bawa tangan ke forehead (dahi). Ini tak patut, tiru siapa ah? Lepas tu ada yang salam, lalu tangan dicium (kebanyakan di amalkan di Pantai Timur), tanda wangi (must wash your hands first, tidak bau kari atau sambal) ataupun tangan dibawa ke dada (closed to the heart) ikhlas. Saya lihat budak-budak kat rumah ni, dah biasa amalkan salam, dengan bangsa lain (seperti teacher mereka) pun mereka salam (bukan shake hands). Siap bawa tangan cikgu ke forehead. Hormat cikgu. Cikgu gembira, agaknya berkata "Bagusnya budak-budak ni, hormat cikgu). Penyambut pelanggan (kalau shopping complex baru buka mulakan perniagaan hari tu) atau sambutan kepada tourists, bagaimana? Mereka beri salam dengan membawa tangan ke dada "Welcome" dengan senyum lebar. Yang saya nampak sekarang ni common atau biasa diamalkan ialah salam laga pipi. Stail salam Arab.... Saya geli kalau salam jenis ni antara orang yang kita tak kenal, baru pertama kali jumpa. Mula-mula salam kemudian tarik tangan kita dan laga pipi kanan, kiri dan kanan semula. I always try to avoid this. Kalau ramai macam mana, mau tak penyet pipi dan berpeluh. Tapi kalau dengan saudara mara, dengan sahabat lama tak jumpa, dengan kawan-kawan yang kita mesra, tak apalah...siap dengan peluk erat, dengan sound effect "emm, emm, emm" . Di rumah, dengan my sis...cukup salam dan cium tangan..itupun..ditarik cepat...Pada pagi syawal adalah, peluk sana, peluk sini. Nak cerita budak-budak kat rumah ni pula. Missie dah besar panjang, teenager, tak de nak salam peluk lagi macam dia little dulu...jumpa je..."Give me a hug" and she will run and hug you tightly. Now no more..dah. Then Amal, ohh, princess ni salam and hug tightly. Kalau saya pick her from fardhu ain school, she will wave to me from the corridor, then she'll run to me , calling "Nek Lang" sakam and hug me in front of her friends, macam rindu sangat dah lama tak jumpa...Eh drama, drama. I have to balance myself, takut jatuh..yes..with her weight against mine. Then the small hero..I noticed that he's doing good now, nak juga bersalam bila nak balik ke rumah dia atau bila disuruh. Kalau kata "Give me a hug", he will run and jump, hug me, raising his feet, macam a little monkey clinging to the mummy. He will giggle when I do the monkey walk with him clinging to me. Itu pun I kena balance. Anyway, whatever salam, don't forget to smile, don't salam dengan muka masam..ada yang tak kena tu.
Teringat lagu Pengakap "Salam, salam, salam, salam salam, oi"
PS: Teringat sesuatu tentang salam arab stail tu. Dulu masa salam jenis ini belum tersebar luas, saya cuma lihat ada sebuah keluarga ,jiran belakang rumah, yang amalkan,.Mereka ini keturunan Bombay. Agak pelek kami lihat mereka bila jumpa aje, peluk dan laga dan cium pipi. Jadi bahan senyum pulak orang-orang kat kampung ni. Sekarang, fikirlah sendiri?
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.