Al-Fatihah

Kejutan malam ini! Bila buka Laman Web IPPM, terbaca berita terkini "Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, meninggal dunia secara mengejut di IAB Genting Highlands pada jam 6.30 ptg tadi. YB rebah ketika main badminton." Mengapa saya terkejut? Sebab saya kenal arwah sebagai Tn. Haji Razali, sewaktu sama-sama bertugas sebagai pensyarah di maktab perguruan. Selalu berjumpa waktu mesyuarat penggubalan soalan peperiksaan, seminar serta bengkel khasnya penyelidikan. Arwah Tn. Hj.Razali, mahir berbicara mengguna kata-kata yang tinggi makna, bahasa sastera/seni,(some people didn't like his style) but that's his way, orang teater, petah berhujjah, banyak membaca serta berwawasan. Pada saya arwah Tn Hj. seorang yang berilmu dan mudah didekati, tak lokek ilmu. Waktu beliau menjadi Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) saya sudah pun bersara tetapi saya tetap mengikuti perkembangan kerjaya beliau dalam politik hinggalah menjadi Timbalan Menteri Pelajaran, pos yang memang sesuai untuk beliau.
Semoga isteri dan anak-anak serta keluarga Tn Hj Razali bersabar menghadapi ujian ini.
Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat ke atas rohnya.
Al-Fatihah.....

PS:Bacalah 'Emotional Intelligence Competence' salah satu kertas kerja yan dibentangkan oleh Tn Hj Razali ismail.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.