Lihatlah Malik, senyum lebar,
Siapa tak kenal dengan jenama goreng pisang ini, the famous one, gerai tepi jalan dekat dengan rumah kami. Pak Mail dibantu oleh Mak Putih dah lama bersara berniaga goreng pisang. Sekarang ni anak lelaki mereka, Malik, pula yang jadi towkay, tapi jenama masih kekal. Kami dah lama kenal famili ini, sejak arwah datok dan nenek Malik lagi. Saya masih ingat Nenek Hawa, small, cute lady, dengan 'songel ' tembakau seceput kat mulut..sampai kami buat joke teta teki...gohed, gostan, gohed, gostan...stop...apa dia??? (asalnya BI "go ahead"= maju ke hadapan, "go astern" = undur ke belakang, jadi BM nya gohed, gostan). Orang tua zaman dulu kan makan sirih tolak ke kiri bibir, tolak ke kanan bibir, last-last berhenti dan selit di bibir di mana sirih itu berhenti.. Itu kisahnya...
Back to Pak Mail. Dulu Pak Mail guna kereta sorong je..tapi sekarang ni, gerai..mereka 'recycle' pondok tempat hentian bus (bus stop) dan kawasan sekitar sebagai tapak. Kata Malik "mana ada orang tunggu bus lagi, kak." Che wah, orang-orang kat Bukit Cina, tak tunggu bus lagi lah. Back to his jualan, ada goreng pisang, keladi, keledek, karipap kentang, sardin dan pelbagai minuman. Ramai pengunjung lebih-lebih lagi selepas waktu pejabat. Saya tak pernah singgah, that is duduk minum di gerai Malik...malu ah. Tapi petang tu, JY kata kita minum teh kat gerai Pak Mail je lah. My syarat "tengok dulu, ada tak orang perempuan duk minum". Rupa-rupanya ada. Goreng pisang Pak Mail ni sedap, manis, rangup... munkin tambah air kapur pada bancuhan tepung. On the topic of rangup or crispy. Ada saya terbaca dalam paper, ada peniaga goreng pisang ni bubuh straw (ada lilin) untuk jadikan tepung nya crispy dan ber'derap derap' bila makan. Ye ke? Tak lah den tahu. Oh yes, anda tak akan miss gerai popular ini....di Jalan Bukit Gedung dekat-dekat Bukit Serindit, betul-betul tepi jalan. Promosi orang kampung you!!
Pembantu yang peramah sedang sibuk layan pelanggan pelbagai keturunan
my peberet my peberet. windu betol la ngan stall nih. sejak harga minyak naik nih, tak penah dah beli kat sini. sgt mahal la. tapi sedaaaaapppp.
ReplyDeletehai...salam perkenalan
ReplyDeletekalau boleh akak tau dak resepi goereng pisang ranggup macaman pak mail tu.
Dear Pat,
ReplyDeleteMahal-mahal pun, stall penuh!
syam,
ReplyDeleteSori, resepi rahsia, tanyalah sendiri!