Pengadil

Pengadil? Hakim? Saya pilih 'pengadil' lah.... 'hakim'..sensitif (but only with capital 'H' lah). Ah. ah, saya diberi kepercayaan menjadi salah seorang pengadil di acara seperti dalam banner.
... Pengadil bahagian gubahan bunga...Boleh ke? Pertandingan ini melibatkan warga keluarga staf akademik dan sokongan IPPM (dulunya MPPM, terdahulu lagi ..MWTC)..tempat saya bertugas satu masa dulu. Dapatlah jumpa geng-geng lama yang masih setia bertugas, yang sebaya dah pencen dah..ni yang ada dulu muda..sekarang masih muda lagi......seperti Pora ...tugas masih sama, telefonis ,tapi nama jawatan dah glamor you. Jumpa Irene, masih ajktif membantu di Unit Sains Rumah Tangga ( maaf, tak tahu istilah baru). Jumpa Sarinah..staf sokongan di Asrama. Jumpa juga, Khatijah, staf PJK, dulu bersama saya di MPT Kuantan. Jumpa juga salah seorang bekas pelatih saya di MPT, Kuantan, sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di IPPM. Peserta-peserta pertandingan ini bagus-bagus juga, masih-masing tunjukkan talent...susah juga nak pilih gubahan yang tercantik dan ikut syarat. Ada juga yang letak burung serta sangkar di gubahan? Hai ada burung bersarang kat gubahan ke? Anyway, semuanya cantik-camtik dan menarik. Boleh lah cari-cari makan sampingan, side income nanti...Layan imej-imej ini...ye

Ini pengadil masakan, Pn Hjh Hapipah (kiri) dan Pn Hjh, Asmah sedang rihat menunggu masa je...di meja tu ada roti jala, meehoon, tepung pelita, sedap...



masak apa tu cikgu?

Sepahnya, tolak markah kekemasan!!




Tema bunga matahari, patutlah panas pagi tu

Akhirnya kami diberi goody bag di atas ini sebagai penghargaan, sehelai tuala mandi, note pad dan pen dua warna serta sebuah bekas berjenama popular T********e! Terima kasih Pn Norlin, lain kali jemput lagi ye.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.