Idaman


Semasa pergi ke SDSI tempoh hari, selain daripada makan makanan 'luar negeri' (ori punya), di bawah khemah sebesar dewan makan, cool dan comfy, sempatlah beli makanan sampingan yang mejadi kegemaran. Antaranya.....
Roti burger? Nak beli juga ke?

Bukanlah tapi ROTI ARAB NEGERI PERLIS
best roti ni, so gebu dan lembut, (macam Mak Gayah Lembut) boleh makan begitu saje, cicah kari ikan, sapu marjerin dan lain-lain cara ikut selera masing-masing Oleh kerana di Melaka tak ada roti ni, kenalah makan jimat cermat sikit...SDSI tahun depan kot jumpa lagi..
Terdengar....."Nek lang, Amal nak Roti Arab, boleh?"




KEROPOK LEKOR KT
Ini pun best juga. Sudah di potong-potong kecil, nak goreng kena gaul dengan tepung yang dibekalkan. Ada suka makan dengan sos (dibekal) dan ada yang makan begitu saje. Di Melaka ada juga kilang kepok lekor ni, ada juga jual di pasar malam (keras dan liat bila sejuk!!) tapi tak serupalah dengan yang didatangkan khas ini. Yang putih-putih tu bukan gula ye, jangan sangka ada taburan gula pula. Keropok, dalam imej di atas, masih beku, jadi nampak lah butiran ais freezer.....
Terdengar "Nek Lang nak keropok lekor." "Iddin nak sos." "Amal tak mau sos". Hai, macam-macam


KEROPOK AMPLANG
Snek ini pun cuma ada bila ada pameran seperti ini. Keropok bulat-bulat macam guli ini, jauh datangnya, dari Tawau, diperbuat daripada ikan dan udang. Tak perlu goreng, terus makan. Belum buka lagi pakejnya. Ini pilihan kakak.
Yang ini tak dengar apa-apa permintaan. Tahan lama lah tu, nampakmya.
Ada lain yang nak diangkut balik tapi bila terkenangkan di rumah masih ada snek yang belum habis dimakan, postpone dululah, nanti membazir pula...tunggulah.

1 comment:

  1. Terima Kasih Diatas kesudian puan menjadi pelanggan kami. MAPA Enterprise ada melantik pengedar di Ayer Keroh dan Juga Alor Gajah. Oleh itu pihak kami amat berbesar hati menyatakan disini puan boeh menikmati roti arab negeri perlis keluaran MAPA Enterprise daripada pengedar2 yang telah kami lantik.

    Sekian Terima Kasih.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.