Clearance


Baru balik breakfast, makan Soto di warung Zul Soto.
Pagi
ini nak ke Salon Zah, cuci dan trim rambut. Projek seterusnya ialah mengemas bilik serba guna, ala-ala 'clearance sale' : asal usulnya reading room (mini library konon) lama-lama jadi store room pula. Jadilah MPR (Multi purpose room). Inilah keadaan bilik tu sekarang. See images below. Macam-macam ada....books, magazines, lecture notes, nota kursus, nota mesyuarat, stationery...hingga tak terkata banyaknya. Mana yang saya punya, mana yang JY punya. Kita pendidik, cikgu...banyaklah simpan kertas, buku dll yang sekumpulan dengannya.Ada yang jadi collectible items, bahan rujukan semasa bertugas dulu, dah tak berguna lagi sekarang especially the notes.Setiap kali balik ke Kuantan, cita-cita tu nak kemas bilik ni, nak throw away unwanted things. Yalah kalau dah lebeh 5 tahun, tak diusik pun, elok jual kat paper lama, paper lama, kan? Which one to keep. which one to throw? "Buku-buku jangan buang" JY reminded me. But mesti berhati-hati juga, jangan pakai buang aje, nanti ada yang benda 'top secret' terbuang, masuk paper "M*T** macam mana...mesti buat planning..., takes time, kena tengok satu, satu...but some of these items have sentimental value. To throw? To keep? Ini buatkan kerja tertangguh....Must I?


10 comments:

  1. Seperti biasa, ada orang suka bakul. So selain buku2 Mr JY, bakul kalau ada, pun jangan buang ya...boleh 'export' ke Meetfield...ha ha ha

    ReplyDelete
  2. cikgu
    mak ngah ani saya, ari tuh OPERASI buang khazanah mcm cikgu ni satu LORI!! Dapatlah rezeki cucu2 rm 80 SAHAJA !!!!
    G lepak McDonald Teluk Cempedak. Kebetulan saya balik tolong masak kenduri dia nak g Mekah last year.
    Bertimbun fail2/kertas kursus yg memacam! Naik penin tgk masa berlonggok!

    ReplyDelete
  3. Selamat mengemas nek lang..terharu nampak nama kita dlm list...tq nek lang

    ReplyDelete
  4. T,
    Johari saja yang kenal Manikam..ha,ha.

    ReplyDelete
  5. Vimmy,
    Cg punya satu lori old newspaper agaknya.

    ReplyDelete
  6. Ummi Soleha,
    Semoga berjaya projek nek lang kali ini. Ummi nak magazine lama-lama?

    ReplyDelete
  7. Salam Alang,

    He!...he!...memang pening kalau tengok barang-barang memacam tu. Saya pun kerap juga mengemas bilik store, kejap je dah bertimbun semula. Yang susah tu ada item yang nak buang sayang, nak simpan pun tak ade apa pekdah...tu kena pejam mata dan humban je.... :-)

    Selamat berkemas.

    ReplyDelete
  8. TQ AY. Bawah tangga rumah saya telah diubahsuai jadi store, (ada peralatan bengkel lagi)pun kena kemas dan write-off some things. Operasi dah nak mula....kena pejam mata...

    ReplyDelete
  9. hai aunty. pat pun ada satu bilik yang terlari tajuk. dulu bilik tu tajuk dia bilik menjahit. pastu jadi bilik ala ala woderob(hihi. ejaan underground tuh) besar la konon. walk in woderob ler gitu. sekarang nih dah takde tajuk dah bilik tu. boleh la kalau nak kasi nama bilik astro. sebab, macam macam adaaaaa. huhu.

    ReplyDelete
  10. Salam Pat,
    Hua, hua, hua....Pat so kelakar, terhibur aunty.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.