Beca, beca


Peace to the world!!

Satu pagi di Taman Rekreasi/ Taman Bunga dekat Dataran Menara Taming Sari. Nak naik Menara, pelancong ramai.. Dua beradik merengek pula, pujuk Nek Langnya naik beca. Hai orang Melaka lokal pun nak naik beca? Tok Lang duduk dalam kereta kat parking.Nek Lang geleng kepala tapi 'rengek' an tu berterusan, siap dah duduk kat kerusi beca....kalah Nek Lang (seperti biasalah). Fu yoo, with Didin on my lap, pangku, Wak Beca bawa kami round, satu pusingan dari Dataran Menara tadi melalui Jalan Dataran Pahlawan masuk jalan menuju ke A Famosa, Muzium, melalui lorong Dataran Samudera, di seberang sana Kapal Portuguse dan back to square one. Yours truly harap-harap tak de lah saudara mara nampak local tourists ni melancong naik beca. Budak tu thrilled sangat, siap picit-picit hon, pon pen,pon pen...nasib tak ada radio!!Amal kekek kekek ketawa. Ye lah kata Wak beca, asyik naik kereta aje, sekali naiklah beca...yelah wak. Sambil tu, si wak ni duk cerita sejarah tempat yang kami lalui, siap berhenti nak storylah...ni 'Carefour..tu atas tu ada padang, 'Light and Sound' masih ada waktu malam je...blah,blah,blah. Saya kata dia orang dah tahu wak, dah pernah pergi pun...nak naik beca aje...Well, tu tugas dia agaknya..kena beritahu walapun kita dah tahu...Si iddin pula suruh buka kipas sebab panas..hey mana ada kipas kat beca, letrik pun tak de. Rupanya dia sangkakan satu perhiasan kat beca tu (petals yang boleh rotate) boleh berputar bila ditiup angin, kipas! Alah iddin. Puaslah agaknya budak berdua tu....ajak pula ke McDonald, lapar rupanya dia...
'Beca, beca, tolong bawa saya...



Nek Lang...lapar...
Yours truly naik beca ke sekolah satu masa dulu..long time ago...

4 comments:

  1. Alamak! Thought I saw nenek in the beca, but when I realised it's the princess and ginger red man, then I knew it's Nek Lang!!! ha ha ha

    "Thank you, Nek Lang, I love you, Nek Lang"...itulah tagline yang buat Nek Lang cair!!

    ReplyDelete
  2. Lelaki yang buat show dengan ular sawa albino kat dataran tu ada lagi tak?

    ReplyDelete
  3. MsHart,
    Nenek look alike lah. Tok Lang pun boleh cair tau!

    ReplyDelete
  4. xiiinam751,
    Sorry, tak tahu pula ada show itu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.