Lodeh mak lodeh ala Yan

Called s-i-l, Yan: Yan, boleh beritahu resepi lodeh ala yan.
Yan : (ketawa kecil) Alang ketuk sikit ikan bilis, atau guna udang kecil, blend beberapa ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, kunyit hidup nak kasi kuning kuah, 1 biji cili hidup.
Me: Halia? Serai?
Yan: Tak payah, kalau nak halia sikit je. Serai ketuk.Tempe goreng dulu. Tahu tak payah goreng sebab dah siap goreng.
Me: Sini tak ada tahu dah goreng
Yan: Lepas tu Alang tumis semua tadi sampai naik bau, masuk sikit air. Masuk potongan-potongan sayur-sayur- kacang panjang, carrot, sengkuang yang keras-keras dulu. Kemudian Alang masuk santan dan tahu kering, kobis (kalau nak). Last masuk su'un. Masak samapai didih.
Me: Terima kasih, Yan, kalau ada ape-ape alang nanti call semula. Tengok-tengok Angah kat rumah tu, tinggal sorang tu.
Yan: dengan bibik.
Me: Dah buat muka kasihan *sob* Kak Eton dan Kak Hjh Pipah ajak dia ke rumah raya ni.
Yan: Yelah. Yan nak kemas depan rumah ni.

Itulah kesahnya. Resepi lodeh ala yan. Yang basic. Ada macam-macam cara lain, ikut cita rasa masing-masing. Elok lagi kalau ada sambal tumis/ kuah kacang / rendang, ikut seleralah. Nek Ngah and Nani, boleh rehat tapi sunyilah tak ada budak-budak. Alang kena masak, orang di sini sambut juga lah raya ni. Petang nanti nak rebus nasi himpit, buat sikit masak kurma ayam for dinner. Alang dah dapat bau masakan orang sebelah rumah.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
KEPADA
ANGAH DAN NANI
Jangan sedih ye
kita jumpa lagi, InsyaAllah.
dan
SALAM AIDIL ADHA, buat
KASEH yang ayu.


Bought this just now....

i'm a little t pot, fat and stout.......,

4 comments:

  1. Aiyah masak lodeh pun want to ask Yan, just look in Internet lah. Don't worry about us, B & I going to buka puasa outside to celebrate end of 9-day fast, then solat at Masjid Selat, insya Allah. Tomorow full day invitations from left and right....

    ReplyDelete
  2. No lah want to try Yan's lodeh, simple one. Internet got but leceh. Mari kita celebrate, enjoy.........

    ReplyDelete
  3. Alang,
    Salam Aidiladha from kaseh & family. Sedapnya masakan2 itu... Anyway hope that cuaca di sana semakin baik..

    ReplyDelete
  4. Cuaca InsyaAllah bertambah baik, tapi tak tentu. Kejap panas, tiba-tiba hujan. Had a good raya?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.