Gatal-gatal

Mengapa waktu malam tekak saya gatal-gatal?
Huk, huk,huk..terbatuk-batuk dibuatnya.
Terus ambil ubat untuk meredakan kegatalan tekak.
Minum juga air asam jawa yang dimaniskan dengan si gula batu.
Lega.
Malam terbangun juga kerana batuk-batuk,
Minum air banyak-banyak.......
lena, tidur sampai ke subuh.

Siang?
Tak pula tekak terasas gatal-gatal, tak pula batuk?


Cuaca hari ini panas tetapi berangin.
Bolehlah saya ke laman rumah.
Pokok bunga petunia sudah mula menampakkan dedaun kering.


Saya sayang petunia,
Petunia menceriakan halaman rumah
Saya tak mau dia mati kering.

Petunia disiram air, tapi takut pula kalau banyak, ia akan mati.
Tapi kata si Ah Chong (nurseri), 'dia kena siram 2 kali satu hari'
Oh! gitu.....

Lalu tangan ini gatal hendak memetik semua daun kering pada petunia ku ini.


kemudian petunia di beri baja, disirami  air, banyak sekali.
Harap-harap ia tak akan kering dan layu.
Tapi kata orang hayat petunia 6 bulan saje
Itu sebab dipanggil "pokok 6 bulan" (6 purnama, boleh tak?)
Kalu begitu, cari yang baru sahaja nanti.

Aku hairan juga dengan seorang  yang bernama "nor"
Sudah dua kali memberi komen pada posting mengenai 'perkebunan'
Panjang pula tu dengan idea yang  menarik, tapi...
"Profile not available"
Gender?
Hawa? Adam?
Garuk-garuk kepala yang tak gatal...

Kebetulan ke ini?
Mamat ni yang sedang buat projek fasa 3 di BC
minta laluan nak cuci tangan di paip air.
Waktu rihat,  nak makan.
Saya tanya "Adik apa nama?"
"Nor" jawabnya.
"Ah?????????"
Tak mungkin.

Okeylah, dah tengahari.
Jom, join saya makan Nasi Goreng Cendawan!
Tak, cendawan ni tak gatal punya, ma...
tapi bila telan ikan bilis,
gatal pula tekak..lalu...
.huk, huk, huk....

18 comments:

  1. Aduhai cantiknya petunia tu digantung di situ...

    ReplyDelete
  2. pretty purple flowers!
    bunga2 ni nak kena rajin jaga kan? if not, jadi hutan belantara pulak.. hahaha.. which is the reason why i never have life plants :-D

    ReplyDelete
  3. Cg Aida,
    Petunia cantik sebagai hiasan taman. Saya pernah beli beberapa gantungan petunia untuk cantikkan laman sekolah, tetapi tidak dijaga dengan baik, maka tahu-tahu sajelah....

    ReplyDelete
  4. Hi dieya,
    Mesti rajin kalau mahukan halaman rumah yang cantik,baik flowering plants or just leaves. Aunty prefer yang green, senang sikit jaga. Have a nice day!

    ReplyDelete
  5. Hjh Nora
    Petunia Hjh ni memang menggamit mata + hati. Ada rancangan nak tambah pokok, dengan warna bunganya yang berlainan? Pengalaman saya, nak jaga petunia memang cerewet. Dalam sebulan saja dah bercendawan dan buruk dahan2nya. Semoga petunia Hjh ni hayatnya melebihi 6 purnama....

    ReplyDelete
  6. asmkm
    nora ada lah hawa tiada blog. hobby suka gardening, masa kecik selalu tengok mak cucuk tanam macam tu aja simple.. suka program gardening dan baca mengenai gardening..
    suka baca semua...
    jadi saya bukan nor yg tumpang cuci tangan ye..
    pokok siram banyak kali diwaktu panas takkan lecur..tested and proved. cuma jangan akar terendam..berminggu minggu tu saja.. juga kalau ada seedlings dari bunga yang sudah kering taburkan didalam pasu lagi.. letak kawasan yang terbuka siram berapa kali sehari pun tak ada hal sebab air akan keluar pun secepat masuk secepat keluar.

    siram ditanahnya jangan kena batang sangat.. like any pokok siram dipangkal atau tanah keliling adalah paling utama...

    ReplyDelete
  7. samb di atas, yg pasal siram tu adalah pasal pokok petunia..

    pasal kompos bin, saya gunakan tong plastik biasa saja. saya pakai drill sebesasr paku biasa, rata rata di bawah bottom tong dan keliling bawah..
    saya masukkan rumput yg dipotong, sampah buangann basah dapur, kulit pisang, buah2, bawang, timun busuk, segala benda.. tapi mulakan alas kotak saya siat 2kan dibahagian bawah. insang ikan, tulang, makanan basi, segala yg boleh reput.. setiap 2 minggu srumput dipotong diletakkan didalam.. tutup rapat.. kalau rasa banyak sampah berair, siat kan kotak ke, paper layerkan so air diserap..
    tutup rapat rapat. saya beli yg ada lid berat, maka saya tutup rapat2 cikti kutapi, kuku etc tak dapt nak masuk...
    saya letak dekat belakang satu sudut rumahterlindung supaya tak nampak.. kalau ada trellis buat satu korner..
    alas aja dgn batu.. letak atas rumput mati la sebab tak kena cahaya.. kalau bertutup rapat, ciklatakdapat masuk bertelur..
    selepas beberapa bulan ia akan menjadi hitam dan peroi. cacing ada.. etc..mula mula ulat kayu ada etc jgn takut.. lets nature takes its course..

    lepast tu bila dah hitam nanti keluarkan letak didalam pasu.. masa dah jadi hitam peroi, boleh diletakkan keluar.. buat new batch. saya ada dua.. so ada alternatives.

    kalau dahan yg mati, daun tebal, beli kat kedai cina, tong bakar yang bercorong, ala incinerator, bakar lah belah malam maghrib... so nyamuk pun lari... hasil bahan bakar boleh dicampur untuk tanah untuk bercucuk tanam.. ash ini menyebabkan tanah subur dan cik siba dan cik lin(lintah bulat) lari kerana nature ash /abu tadi tajam...

    nanti saya tunjuk kkan sample tong dan incinerator tadi...

    ReplyDelete
  8. kak, lagi satu, kalau buka tingkap habuk luar masuk terutama di hari panas..
    kalau rajin buat tanam pokok bunga dipasu gantung berjurai..filter abuk dari luar.
    hari panas cerah jemur bantal sekejap dan pukul bantal tadi supaya habuk keluar, on both sides. terbalik kan kejap..
    elakkan ada karpet didalam bilik tidur.. kalau ada steamer...steam semua kawasan bilik tidur dari tilam ke langsir...

    kalau baru balik dari luar jangan terus baring dengan baju luar.. salin baju.. atau basuh muka ..supaya abuk luar tak bergaul dgn katil cadar kita masa bergolek gelantang...
    err kalau masalah sinus/resdung elakkan dari makan ikan bilis, belacan budu dan lain makanan berperam..


    nak bakar dahan etc http://www.theironmongers.co.uk/index.php?main_page=product_info&cPath=7_20&products_id=123


    sample gazebo yg boleh duduk
    DD7221D Rowlinson Balmoral FSC Corner Arbour

    compost bin - pakai tong plastic hitam aja... yg ada lockable lid is suffice..

    good luck..semoga rumah cantik dan selesa.. dan less work.. to maintain...

    pokok dlm trelli planter box, boleh tanam dari segala jenis yg need less managing such as daun salam tree/bayleaf, kari pilay, ulam rosemary, etc semua ini akan merimbun dan tidak perlu di cantas selalu..
    pokok limau purut, pokok bebuas ini pokok ulam,pokok beluntas dan macam macam lagi.. pokok limau kasturi etc..texture daun dan batang pokok ini amat menarik.. tapi kurang lah kena menyapu banyak daun gugur sbb pokok kalau dibuat makanan kita selalu petik jadinya takpayah kena trim..

    air basuhan ikan tu dan bilasan ikan di siram pada pangkal pokok tak payah beli baja.. mak selalu buat macam tu.bila dia basuh ikan udan, dia basuh air ditadah dalam besen. tak payah beli baja ikan..

    bila dah tanam nanti letak lah gambar di tenet ni.. seronok melihatnya....saya tumpang cuci mata gembira sekali..
    wslm

    ReplyDelete
  9. Dek Nor,
    Terima kasih banyak-banyak, dek. Informasi yang sangat berguna boleh dikongsi bersama pembaca yang lain yang sama minat..berkebun. InsyaAllah akan akak jadikan laman sedap dipandang mata.

    ReplyDelete
  10. Salam Temuk,
    Petunia saya dah sampai masa untuk di kerat dan tumbuh cabang-cabang yang baru. Tapi saya sayang pada bunga-bunga yang ada. Agaknya saya kena jugalah lakukan supaya kekal. Nampaknya dia perlu baja juga sebab semua dah kurus-kurus. InsyaAllah akan tambah lagi warnanya. Tapi ongkosnya........

    ReplyDelete
  11. Assallamualaikum Kak Nora,
    mama dulu ada tanam petunia ni..cantik sangat, tapi 5 bulan lepas tu mati kering..tatau pasal apa..sekarang dah beli benih baru..nak semai agar hari Raya nanti adalah bunganya..hiihi
    Nor telah memberi banyak info tentang pekebunan..sampaikan ucapan terima kasih mama pada Nor...memang pun air basuhan ikan, udang, beras adalah baja yang bagus untuk pokok2 bunga..
    w/salam.

    ReplyDelete
  12. cantik rumah kak Nora ni...masa membelok simpang nak ke sekolah...dok perati2 juga...mana satu rumah kak Nora ni!!! depan ada BC dekat kolej...issshhhh...mana satu yer?

    ReplyDelete
  13. Salam nadz,
    Peminat petunia juga ye? Petunia 'manja'..hayat tak lama kalau tak dibelai. Mudah-mudahan benih petunia yang baru disemai akan menjadi. Selamat menjalankan tugas!

    ReplyDelete
  14. Sonata,
    Syukur dan terima kasih. Sonata dari simpang mana? Satu lagi clue...dekat warung 'perigi inn'

    ReplyDelete
  15. Setiap hari saya akan lalu depan Maktab - menuju trafic light - lepas tu masuk simpang yang belok kanan - lalu depan SK Cina - SK(P)DD - teruslah ke sekolah...he3x

    seronok pulak main teka teki ni...tak pe kak....satu masa akan jumpa jua! ( maaf tak tahu pulak ada warung'perigi inn' ni...)

    ReplyDelete
  16. Sonata,
    kalau gitu, antara trafik light hingga ke simpang DD, pandang ke kanan..nampak tak familiar house. kalau nampak seorang makcik cute sedang menyapu, taulah siapa ye!de perigi inn fampus kerana mee rebus, rojak....not far away from traffic light. tapi you kena jaga-jaga while driving sebab jalan ini busy ma...

    ReplyDelete
  17. Saya pun suspens gak tadi.... Saya pun Nor gak.

    tapi saya pun suka dgn setiap baris komen NOR tu. Terimakasihhh.. suka baca.

    ReplyDelete
  18. Ya, terima kasih kepada yang bernama NOR

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.