Seperti yang dirancangkan, kami sekeluarga ke Bandar Tun Hussein Onn untuk majlis perkahwinan 'Oja dan Man' (Rozanna dan Azman). Bila dah berjumpa, mulalah buka kisah-kisah lama semasa tinggal berjiran di Taman LKNP, Bukit Setongkol, Kuantan.. Terharu dibuatnya. Mama Roza (dengan rasa bangga) perkenalkan saya 'cikgu nilah yang jaga Roza masa dia kecik-kecik dulu). Roza pun ayu, cantik ,comel, senyuman dia masih macam dulu lagi
|
Bersedia, mula! |
|
Wajah manis |
|
Selamat pengantin baru Oja dan Man. Semoga bahagia hingga akhir hayat. |
Aunty dah tunaikan janji dan harapan Oja. Terima kasih sekali lagi ingat aunty. Jaga diri baik-baik. ya...
selamat pengantin baru....semoga sentiasa berbahagia - semoga mulakan asam garam kehidupan berumahtangga...
ReplyDeleteSAK,
ReplyDeleteAda pelbagai rasa dalam kehidupan berumahtangga...masam, masin, pahit, manis...
aunty: thanks for coming..we all luv u..
ReplyDeleteAngah,
ReplyDeleteWelcome, welcome....we luv all of u too.
comel si roza tuuuu..
ReplyDeletesemuga bahagian hingga ke akhir hayat
Kak Nora
ReplyDeleteDah lama tak mencatat apa apa. Terasa seronok bila melihat perkahwinan orang yang dulu pernah kita didik. Apa tah lagi kalau kita dikenali dengan kata kata mencerminkan kasih sayang. Kenangan manis seperti ini sudah pun saya mula menikmati. Tetapi memakan masa yang amat panjang sebelum mengetahui yang jasa kita dikenang.
Such is life.
Kakpah,
ReplyDeleteYe, itulah doa kita untuk kedua mempelai. Aameen...
Al-Manar,
ReplyDeleteSaya terasa sangat terharu, dia masih ingat saya walaupun lama sudah berpisah, whereabout unknown.
Thanks 'pakcik'.
As-Salam Hjh Nora
ReplyDeleteAlhamdulillah berkesempatan & berkesihatan meraikan perkahwinan orang yang disayangi. Tentulah kehadiran orang yang meraikan amat dinanti-nanti dan dihargai.
Dah peringkat umur sekarang ni, antara 'tugas' utama kita nampaknya ialah memenuhi undangan saudara mara & rakan-rakan yang mengahwinkan anak.... Insya-Allah. Menyeronokkan juga, kan?
Salam Temuk,
ReplyDeleteSeboleh-bolehnya kita cuba memenuhi undangan, InsyaAllah. Tetapi, kita merancang, Allah yang menentukan. Have a nice day. D.
Salam Kak Nora,
ReplyDeleteSelamat pengantin baru Roza...hemmmmm manis budknyaaaa...:-)
Terima kasih AuntieYan (bagi pihak Roza)
ReplyDelete