Panas di luar. Sangat panas dan kering.
Nak keluar, maksud saya ada urusan di luar. Tak jadi.
Tapi terpaksa juga menapak ke Warung Mak Leha. Nak intai lauk apa yang ada untuk makan tengahari.
Lalu, belilah masak asam tetel (RM3), masak lemak nenas + ikan kurau (RM2), ayam goreng (2 ketul).
"Cukup tu Leha" dan keluarkan RM10 untuk bayaran.
"Semua RM9. Ambik telur asin satu, ek. Tak payah balik duit" kata Leha.
Siapa patut cakap "keep the change " ???
Orang kampung punya pasal.
Hari semakin panas. Kipas pusing ligat.
Elok duduk diam-diam di rumah, layan blog.
Elok juga kita intai-intai kat tingkap dapur.
Ada apa. ek?
Salam
ReplyDeletebidai kayu dibeli di kedai mana ya?pasal letak sisa ikan dan bahan mereput tu, jgn risau.
mula letak pasir campur batu dilayer bawah, kdian daun gugur, insang.,perutikan kepala etc, kulit kepala udang etc, kulit ketam, kupang dsb, kulit buah, kayu dahan datah patah2 kan. kdian letak layer kotak atau surat kabar koyakkan sikit,tapi menutupi benda tadi. lepastu letak one layer yang tak koyak enough to cover. baru letak tanah dan tanam pokok yg dikehendaki.. kemudian padatkan tanagh. dicelah pangkal pokok, diletak pasu biasa berisi pokok bunga dan buah etc sebagai 1. pelindung tanah dari kering kontang,2. sbg pelindung dari tanah dikais kutapi.
kalau buat planter dua layer macam tangga amatlah cantik ditepi rumah akak, dipasang dibahagian belakan trellis samada arch top atau square top, dicat dgn hijau tua untuk menjaga kayu dari reput dan luntur... juga to trick the eyes dgn warna hijau yang menenangkanmata.. dan matching dgn warna apa saja pokok, dan dahan... menyejukkan pandangan..
planter box tu buat dari saiz lebar lengan , sedalam dari bahu sampai ke jari untuk pokok seperti bayleaf, belimbing besi, pokok buah etc.
yang step ke dua buatlah besar sikit atau reduce sizes..
senang tau ada planter box, tak yah worry siput babi dan lintah bulan merayap..pastikan bontot pasu tiada semua ini sblm diletakkan dipangkal pokok di planter box. buatla sederet dari depan sampai ke belakang, pelbagai boleh ditanam, dari pokok ulam hingga ke pokok sayur spt kacang panjang atau kacang botol...etc....
kolam ikan taknak buat ke? ikan koi kat msia murah.. kecik sekor baru 3.50...
nak intai la..kat mana rumah akak ni!he3x
ReplyDeleteharini memang teramatlah panas. ke dapur siap sengseng lengan baju sampai ketiak.
ReplyDeletebeli 10 ringgit makan sampai malam? Kalau berdua je baik beli lauk dah siap. lagi murah dan mudah..
alang...
ReplyDeletemesti sedap kan orang sebelah tu masak...
saya dah tau lori apa kah itu...hahaha
ish.. kedai kecik2 selalu gitu, suruk amik gula2 nak genapkan balance. tapi sampai seringgit nak genapkan, a bit too much kan? nasib baik org kg ek!
ReplyDeletenor,
ReplyDeleteTertarik dengan bidai kayu ke? Cari di kedai buat bidai di Melaka. Planter box good idea dan terima kasih sekali lagi untuk buat baja dari bahan kitar semula. Nantilah akan diusaha cuba buat sendiri, bila rajin. Nor sebenar nya dari mana? Minat berkebun nampaknya atau memang ada nurseri?
Sonata,
ReplyDeleteIntailah, bila balik dari sekolah lalu jalan durian daun, sampai simpang T, belok ke kiri, dan pandang ke kiri jalan. Sekarang akak kena berhati-hati ada orang nak intai akak.Hi Hi.
Hajahm
ReplyDeleteRM10 sampai malam. Kalau terasa nak makan di luar malam tu, pergi aje ke warung-warung berhampiran.
Salam dieya,
ReplyDeleteItulah orang kita!
Zah,
ReplyDeleteMakan di kedai orang dua belah rumah, bukan sebelah. Hem, hem...Ezza dah tau!!!