Suka dulu, suka sekarang

Satu masa dulu, saya melanggan majalah ini.  Saya suka....

Gambar-gambar 'interior deco' nya, seni hias rumah, boleh beri ilham. Tetapi,  saya lebih tertarik kerana....


 ada ruang khas seni laman. Banyak memberi  inspirasi kepada Team 3K Sekolah untuk mencantikkan kawasan sekolah.

Satu masa dulu, Saya suka majalah masak. Nyonya di simpang (penjual suratkhabar dan majalah), mesti simpan untuk saya setiap bulan
.
.
Suka kumpul dan menjamu mata. Buat tak de le...

 Majalah- majalah di atas, ada dalam simpanan dan ada  dah dijual kat 'old newspaper'. Buat menyemak almari aje. Berabuk!!

BTW, imej-imej di atas saya ambil dari Google.

Itu dulu (tak lama juga)...kini, hiasan rumah sudah moden..ala Inggeris...ala Bali...idea hiasan laman pun sudah lebih kreatif..dengan 'water feature', dengan 'stepping stone'. Resepi pun begitu, sudah ada nilai tambah....

Sekarang  sudah ada pula majalah khas untuk seni laman. Jadi bagi 'pekebun kecil ' dan pencinta seni laman ( macam saya), mesti pesan pada nyonya simpang, simpan saya satu, okey.  Suka tengok cara orang hias laman. Suka tengok cadangan-cadangan meng'upgradekan laman'. Suka baca cara menjaga pokok hiasan.  Yelah segala-galanya tentang laman. Bila rasa bosan, buka "Laman' dan menjamu mata kat gambar-gambar.


Yang ini pulak. Masak tak, tapi suka.... Puas melayar tenet, singgah sana sini, baca apa orang lain masak, bagaimana memasaknya, buat 'bookmark'....masak entah, bila rajin (last-last...beli  masakan warung lah)
Sekarang , terkini di pasaran...very handy untuk yang kurang mahir memasak (macam saya)


 kerana dalam nya ada macam-macam resepi masakan. Kalau putus idea, malas nak buka tenet, capai aje...


 Terpulang...rajin atau malas..ingin mencuba atau tidak..

Tetapi, yang ini pasti dibaca dari dulu hingga sekarang.


Berulang-ulang kali dibaca........tidak jemu-jemu....

"...Ya Allah, dengan  al Quran, kurniakanlah rahmatMu kepadaku. Jadikanlah al Quran sebagai imam, cahaya, hidayah dan sumber rahmat bagiku....."

14 comments:

  1. ulang-ulang pergi ke titian,
    tambat kaki tekukur yang lalu,
    Nek Lang baca Al Quran,
    Moga hasrat hati kan ditemu.

    ReplyDelete
  2. my mum pun peminat majalah saji gak.. siap ikut rombongan majalah saji pegi holiday last year :-D

    anjung seri punya former writer (or editor, tak sure) is my blogger friend. i call her kak ida.

    ReplyDelete
  3. Alang
    sama pulak minat kita ni..dulu saya simpan semua majajah dan buku buku ni semua...lama lama PA buang masa berkemas masa Alin nak kawin hari tu..tapi la ni buku yang bawah tu jugak lah yang paling menenang kan hati....

    ReplyDelete
  4. Cg Ahmad Humairi,

    Membaca Quran sambil berlagu,
    Lambat-lambat, ye, jangan laju-laju.
    Nek Lang mengaji dengan penuh syahdu,
    InsyaAllah hasrat hati akan ditemu.

    ReplyDelete
  5. Dieya,
    Happy-happy nye followers si SAJI.
    Aunty terpengaruh dengan isi ANJUNG SERI tapi tak boleh ikut.

    ReplyDelete
  6. Ezza,
    Sama minat kita, ye? Ezza tentu suka bahagian jahit menjahit tak? Hati bimbang, susah hati, risau, al Quran memberi ketenangan.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikom chekgu !!!

    rindunya lama tak sembang.
    SMTA nak buat re union 6 June. Harap cikgu dapat join. Di Indera Mahkota. Dah lupa dewan apa.
    Cg masih guna no hp yg sama ke? Nnt saya update cg apa yg patut yer.

    sayang cikgu

    vimmi

    ReplyDelete
  8. Sayang vimmi juga walaupun kita temu cuma di alam maya. InsyaAllah, kalau ada kelapangan dan ada jemputan apa salahnya. Jangan lupa nyanyi lagu sekolah nanti tau!HP masih nombor yang sama, email pun yang sama.

    ReplyDelete
  9. haa..cam sama pulak koleksi2 buku tu...:))

    baru dua minggu yg lepas, saya jualkan beratus-ratus buku anjung seri, impiana, midi, harmoni...wanita..dll kpd surat kabar lama...buku laman saya masih simpan!

    ReplyDelete
  10. Hajah,
    Kalau dah minat laman, yang glam-glam tinggal kenangan.

    ReplyDelete
  11. kak hajah nora..
    yang akhir tu yg paling menenangkan bila dibaca berulangkali..
    pernah beli laman,anjung seri dan saji.. tapi tak pernah tiru.. sebabnya mmg jenis femalas...

    ReplyDelete
  12. Sekarang ni majalah tiada yang murah lagi. Kalu dulu boleh dapat rega RM1.20 jer... sekarang takdak lagi rega camtu...

    ReplyDelete
  13. Azie,
    Betul Azie. Kalau akak rasa nak baca, pergi ke perpustakaan negeri. Atau minta 'tumpang tengok gambar' di kedai nyonya simpang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.