Masak Omputih

Dah berapa kali daging kisar keluar masuk fridge. Tak jadi-jadi juga nak dijadikan bahan.
Pagi ini, mesti buat juga.
Semak-semak bahan-bahan yang lain yang diperlukan......
Alahai...tak ade cili gling, tak ade cendawan butang (optional), buah tomato pun tinggal sebiji.
Nak masak tak?
Okeylah mesti buat juga..
Untuk mendapatkan bahan-bahan yang tidak ada dalam stock, kenalah menapak ke kedai runcit kampung, Kedai Ah Meng, di simpang sana.
Ambil cili giling/cili boh,  buah tomato dua biji....
"Ah Lian (kakak  si Ah Meng), ada cendawan butang tak?"
"Ada"
"Wah, semua ada, tak payah saya ke M*din"
"Awak nak masak apa?"  Memang Ah Meng, Ah Lian dan Ah Poh, adik beradik dah kenal lama. Kalau ke kedai dia, macam-macam soal nak tau perkembangan kami terkini. Itulah kedai runcit kampung. Mesra pelanggan.
"Nak masak  makaroni goreng"
"Oh, awak nak masak omputih eh? "  tanya Ah Lian.
"Yalah , pagi ni nak masak omputih"
"Tu mee goreng sebelah rumah tak makan kah?" (kan dah kata , mesra pelanggan!!!)
"Makan juga sekali sekala" (layan juga!!)

Jadi, ini bahan-bahannya.


Ini hasilnya, masak omputih!!!!

Hirisan daun bawang dari herba korner

12 comments:

  1. kalau masak omputih yang ini, anak2 kita cukup suka...

    betullah kak hajah. kedai kat kampung memang mesra pelanggan. haritu saya balik kampung cina tu siap cakap:
    Lamo tak nampak. Ekau jarang balik ko. Abah kau duduk dengan ekau ko. Dio sehat?
    macam2 dia tanya....

    ReplyDelete
  2. Alang,
    saya bukan tengok hak yang dalam mangkuk tu, saya tgk mangkuk pyrex tu...hari tu nak beli tapi kemain mahal..so saya kidnap arwah mak saya punya...hehehhe

    ReplyDelete
  3. the masak omputih looks yummy!!!

    agak2 ah lian tau tak apa rupa macaroni tu yek...

    ReplyDelete
  4. Hajah,
    Memang peramah ah moi tiga beradik tu. Kecoh satu kedai bila kita ke sana.

    ReplyDelete
  5. Zah,
    Tengoklah juga hak dalam mangkuk pyrex tu. Bukan senang nak suruh alang nak masak tau.

    ReplyDelete
  6. As Salam hajah,
    Kisah yg hajah ceritakan tu menggambarkan wajah 1Malaysia yg sebenar. Menu yg hajah buat ni pn 1Malaysia juga sbb makanan org putih tp org Melayu yg masak dn mkn..hehe..

    ReplyDelete
  7. Hi dieya,
    Taulah agaknya sebab dia tau makaroni masak omputih.

    ReplyDelete
  8. Salam Adry,
    Ceria 1Malaysia di kampung saya.

    ReplyDelete
  9. Adek tM,
    Silalah ke rumah akak, tentu tM dapat cari.

    ReplyDelete
  10. sodap kak! bila kala lah saya nak rajin2 masak ni...masak pun orang tak ada makan....nanti awak jugak yang habiskan! he3x....baiklah dok kat kantin sekolah aje...kak - rumah akak ni kat mana??? orang jauh boleh sampai kat rumah saya...akak yang doket ni raso jauh bona...

    ReplyDelete
  11. Sonata,
    Saya juga malas ke dapur. Tak pandai pun ada.Tak ade yang nak makan. Beli lauk aje atau makan di luar. Rumah akak senang dicari..clue...depannya Bukit Cina hampir dengan maktab perguruan. Rumah Sonata pula di mana? Selamat mengajar!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.