Roza si "janji manis mu"

Lagu "Janji Manis Mu" menjadi kegemaran Roza, anak cilik yang akak kenal pada awal tahun 90'an. Akak berjiran dengan keluarga Roza. Waktu itu dia belum bersekolah lagi. Selalu dia bertandang di rumah akak kalau dia lihat akak ada di rumah. Daripada dia lepak-lepak, akak ajar dia membaca. Roza juga bersekolah di tadika tempat akak bertugas. Jadi dia macam "Mary had a little lamb" . Akak "Mary" , dia "lamb. Ke mana-mana akak pergi, dia ikut. Emak Roza, Pn Salmah, selalu hulurkan akak makanan bila dia masak yang sedap-sedap. Dia pandai masak.  Boleh dkatakan keluarga Roza rapat juga dengan akak. Oh ye, keluarga dia juga suka berkaraoke. Setiap petang dengarlah suara anak beranak "tarik suara". Juga akak tak boleh lupa jeritan "AJK Sambutan" (Roza dan adik) "Abah balik eh, abah balik eh" sambil terlompat-lompat dan bertepuk tangan , menyambut kepulangan abah  dari tempat kerja. Gembira hati abah bila anak-anak sambut di muka pintu.

Bila akak bertukar ke Bandar Pusat Jengka,  perlahan-lahan lost contact...hingga lah semalam 6 Feb 2010.
Nombor  yang tak saya kenali, tak ada dalam register saya.
"Hello, siapa tu?"
"Aunty, ingat lagi tak Roza?"
"Roza?. (Ingatkan rakan blogger)
'Roza yang tinggal di Taman LKNP, Cenderawasih"
Ah , baru teringat..terkejut benau-benau. . Tak sangka.."okey, okey, awak di mana?
"Di Kuantan, depan  rumah aunty, tapi tutup aje. Aunty, saya nak kahwin...ni nak jemput aunty."

Oh kisahnya.Dah nak kahwin si Roza. Kami  bertukar SMS untuk bertanya khabar. Maklumlah hampir 16 tahun tak berjumpa. Kami tertanya-tanya juga mana menghilang keluarga Che Kama?
"Kami sekeluarga dah pindah KL. Abah  meninggal dunia tahun lalu (Al fatihah), Along dan Angah  dah berkeluarga, adik sedang belajar.
 Bagaimana dia tahu no hp akak?   "Dari jiran sebelah rumah di BS. "
Katanya lagi "Tak sangka dapat juga saya nak jemput aunty ke majlis kahwin saya. Memang berhajat dari dulu lagi bila saya nak kahwin, nak cari aunty sampai dapat."
Part ni yang aka terharu......cari aunty sampai dapat.
Kebetulan akak ada jemputan majlis perkahwinan anak  dua sahabat di Melaka pada hari yang sama. Kata Roza" Tak kisah..janji saya dah dapat jemput aunty. Tapi, seboleh-bolehnya harap-harap aunty dapat datang"

Harapan dan hajat Roza, anak cilik yang agak manja juga dengan akak. Masih terdengar dia menarik suara "Janji Manis Mu" Masih teringat dia belajar membaca..A, B, C...dan seterusnya boleh membaca cerita-cerita  mudah.

Terima kasih Roza, masih ingat Aunty. Semoga majlis yang diatur akan berlansung dengan selamat dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah aunty akan hadir kenduri majlis perkahwinan Rozanna binti Kamarulzaman, Sabtu ini di Cheras.

5 comments:

  1. Salam Kak Nora,

    Memang teruja sangat kalau long lost friend menghubungi kita semula...rasa besr hati le pulak bila orang masih kenangkan kita...kan?
    Kena hadir tu jemputan dia.
    Hari Sabtu ni pun saya ada jemputan juga. :-)

    ReplyDelete
  2. Salam Cik Yan,
    InsyaAllah akan hadir sebab dia mengharapkan.

    ReplyDelete
  3. terharu bila ada yang masih mengingati kita.
    'Janji Manis' roza untuk menjemput hajah dihari perkahwinannya telah dikotakan..

    ReplyDelete
  4. salam kak hajah nora...
    Alhamdulillah..
    semuga persahabatan yg telah lama terjalin, erat kembali....
    memang seronok dan terharu...

    ReplyDelete
  5. selamat bertemu kembali...kalau dah lama tak jumpa...teruja teramat sangat kan !

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.