Tanaman herba pasu

Dua pagi hari yang lalu, akak nak masak nasi goreng cina untuk sarapan. Buka lah fridge cari bawang merah. Apa sudah jadi???
Daun bawang sudah mula menunjukkan diri!! Akar pun mula tumbuh. Akak  dan orang-orang di rumah ini jarang masak. Ini lah akibatnya. Tsk.tsk.tsk....
Satu hari, nampak ubi kentang dah menunjukkan 'mata', cepat-cepat bersihkan, potong 'wedges'. Goreng.


 Okeylah, kite tambah koleksi sudut 'taman herb pasu' di bawah pokok betik.
 Moga-moga akan dapat menuai daun bawang. Cik bawang merah, besau dan kecik....disusun kemas-kemas dalam pasu....
Tak lama lagi tinggilah daun bawang hendaknya.



Ada yang keputusan  daun bawang? Sila, sila...kalau tidak, daun bawang pun akan layu juga
sebab
kami jarang masak!

.

Tetapi,
walaupun jarang ke dapur, bila 'emergency', ke sudut inilah dicari daun kunyit, daun kari, ulam pegaga, daun pandan, daun bawang, daun limau purut..
berguna juga!
Jadi, akak mesti rajin menjaga tanaman herba pasu ini.

8 comments:

  1. salam kak nora,

    saya punya bwg merah & bwg besar pun 'tumbuh' jugak! dek kerana stok yg byk kot..pastu saya gantungkan kat wet kitchen yg terbuka...ada cahaya matahari..so, easy to germinate cos got enough sunlight..

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum kak Nora,

    Mama nadz pun dah lakukan aktiviti macam tu, banyak bawang yang tumbuh dalam fridge..sekarang, adalh 3 plastics hitam pokok bawang( tak ada pasu pulak masa nak tanam tu) walau pun begitu ..kita sebenarnya dah mengurangkan beberapa sen kos....

    ReplyDelete
  3. Thanks hajah for that idea, hanging onion bulbs, ready to germinate!

    ReplyDelete
  4. Nadz,
    Senang ye nak dapatkan daun bawang, home grown.

    ReplyDelete
  5. kak hajah nora..dirumah ni susah nak jumpa berdaun ni..
    saya selalu kupas,simpan dalam tupperware dan masukkan dalam peti ais..

    ReplyDelete
  6. Erna,
    Tapi kan lembap, tak bertunas ke?

    ReplyDelete
  7. tak payah masuk pasu kak. biar je la hidup dalam peti ais tu...

    :)


    kak, saya sgt rajin memasak. he he.



    .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.