Sesudah hujan

Hari hujan, tengoklah pokok petunia akak, tunduk, berat kena pukulan air

Hari ini cuaca cerah,  panas, petunia akak segar semula..
Begitu juga tanaman lain.

Sudah lama akak tengok  sudut laman yang belum diapa-apakan lagi.

Ia sudah di perkayakan dengan rumput rampai liar menjalar.. Asyik kerja bertangguh.  Nantilah hari cerah akan akak kemaskan, sakit mata melihatnya. Tak boleh tunggu.

Petang semalam, dalam cuaca redup akak rajinkan diri mencangkul,  mencabut, 'menebas'. Tinggal pokok bunga keembong unggu di tengah tegap berdiri. Okey, kawasan  agak  clear walaupun tak seberapa kemas lagi. Nampak tak  dua batang cangkul mini parking tepi tu? Itulah senjata akak gunakan untuk berperang dengan 'mat rumput'. Sesuailah dengan akak. Yang nampak sebelah pagar, rumah jiran!


Pagi tadi, akak dapat inspirasi. Ada sebuah bakul anyaman comel, kakak akak dapat sebagai cenderhati (diisi dengan gula-gula pelbagai) majlis kahwin rakan. Terbuang bakul itu begitu saje. Sayang, nak menghasilkan  bukan main susah lagi Bakul ini bukan bakul rotan  tetapi bakul daripada kertas.  Kertas digulung-gulung, dianyam,,,ada caranya..lihat di sini.
Daripada terbuang begitu saje, akak alas bakul  dengan  kertas kitchen towel, bubuh tanah dan tanam pokok 'lidah jinn'(betul ke namanya?). Lebih sesuai  kalau dapat  pokok berjurai. Di laman akak tak ade tanaman spesi berjurai (periuk kera adalah!) 
Ada daun berlubang! Natural! Cantik juga kan lidah jinn dalam bakul

10 comments:

  1. Assallamualaikum Kak Nora,
    Petunia ni lah satu-satunya pokok bunga yang tak serasi dgn rumah mama nadz, dah berapa kali beli dan tanam ..2,3 bulan habis pupus, kering ,,
    Petunia memang cantik dibiar berjurai..cantiklah rumah kak Nora.
    kat sini kami panggil pokok dalam raga kertas tu..'lidah mak mentua'
    w/salam

    ReplyDelete
  2. Salam nadz,
    Sebelum ini petunia dalam pasu. Bila nampak nak layu, tukar ke pasu sabut. Segar semula. Kata seorang teman, petunia hiup 6 bulan aje. Jadi dinamakan pokok 6 bulan. MIL's tongue, begitulah juga nama lidah jinn.

    ReplyDelete
  3. Wahhh kreatif la Kak NORA. Cantik betul bila dah jadi hiasan bunga camtu. Sejuk mata.

    Selain kemas laman, tu pun senaman gak kan Kak?

    Saya suka ler tengok bunga yg terkulai tu. sebab kaler dia PURPLE...!

    ReplyDelete
  4. Salam AA,
    Ye betul, mengemas laman, menyapu daun-daun kering , merumput, satu senaman menyegarkan badan. Akak ada dua pasu petunia..satu purple dan satu lagi purple gelap. Favourite kaler akak!

    ReplyDelete
  5. Kita share hobby yg sama menanam pokok bunga...tapi rumah saya link house, memang dah tak de rumput nak di tebas..he he he

    ReplyDelete
  6. ujan-ujan tanah lembut... sedap nak cabut rumput. Tapi rumput kat rumah saya pun masih terbiar..uhuu..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    ...cabut kak nora, jangan tak cabut. Tapi kan...rumput-rumput tu kanke keluarkan bunga jugak??..lawaaa, cuma kena rapikan je Kak Nora.

    ReplyDelete
  8. Salam MM,
    Ye ke sama hobi? Kalau rumput yang di bela tak apa ,boleh mesin aje. Ini yang liar, kena tebas lah kalau nak sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  9. Salam hajah,
    Kawasan lain dah di 'interlok'kan. Tapi kena juga cabut rumput yang mula tumbuh sikit-sikit, tumbuh di celah-celah batu.

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikum salam ch ahmad humairi,
    Tapi rumput yang akak cabut ini tak ade bunga dah!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.