Ah Lian, Ah Lian

Pagi tadi menapak ke kedai Ah Meng lagi.
Sesampai di kedai, Ah Poh dan Ah Lian sedang menetapi surat khabar N*n Yang S++ng Po (agaknya) pada berita keputusan STPM. Sambil tu sibuk mulut celoteh apa-apa entah.
 Saya biarkan mereka.
Lepas tu...
"Ah Poh, ada gula batu tak?"
"Ada.....Rm1.70 satu paket" dan hulur saya satu paket lump sugar
Kemudian dia minta Ah Lian menerima pembayaran saya.
"Lian, awak ada duit kecik tak? Sori lah saya tak ade duit pecah"
"Ada" lalu keluar beberapa cekak duit 'kecik-kecik'. ( belum masuk bank  agaknya!)
Dalam hati saya, kalau di kedai M, marah penjual kalau kita keluarkan duit 'besar-besar' untuk bayaran yang sikit, waktu pagi-pagi pula tu. Boleh dia kata bayar karang-karang maksudnya bayar kemudian, pay later. Atau dia tanya kita balik "tak ade duit kecik?"

"Awak mau masak apa pagi ini?" tanyan Ah Lian, sambil kembalikan wang balik saya.
Saya senyum aje.
"Malam-malam sebelum tidur, awak ada pikir apa mau masak besok pagi tak?"
"Tak lah..saya buka buku masak"
"Oh tengok buku eh? Buku masak mahal mahal lah..."
"Tapi ada macam-macam boleh masak. Pilih saje."

'Gula batu ini saya mau ubat tekak gatal ......" belum habis saya cakap
"Oh... saya tau, saya tau....."
Apa yang Ah Lian tau, apa yang saya tau...,
Saya tak tau....

6 comments:

  1. assalamualaikum,


    saya tahu dia tak tahuuu.....gah, gah, gah...(gelak moden).

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Nora,

    Gula batu direndam dengan buah kembang semangkok dan jugak getah anggur untuk diminum tatkala batuk berterusan. ;-)
    Apalah yang Mak Nya tu tahu...?

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikum salam cg ahmad humairi,

    Alahai gatalnya tekak ini..hem, hem, hem....

    ReplyDelete
  4. Cik Yan,
    Saya rendam gula batu bersama asam jawa untuk mengatasi gatal tekak. Mungkin ini yang Nyah tu tau.

    ReplyDelete
  5. salam..singgah sini. sakit tekak yew? ala ciannyer. jgn minum air sejuk yew?

    ReplyDelete
  6. tima kasih, tima kasih...tak akak tak minum air sejuk...suam-suam adalah....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.