Masak apa tu?

Dah lama tak ke dapur.
Dah lama minat kat buku ini.

Imej di ciluk dari si Muffinbiru. Boleh eh Ezza?
Ada 365 resepi! Pilihlah mana-mana satu, satu hari satu resepi.
Sangat membantu orang-orang macam akak.Beli juga lagi sebuah sebagai hadiah pengantin baru yang mungkin baru nak berjinak-jinak di dapur (dan pening kepala nak masak apa hari ini)


Oh .bawang yang akak semai dulu, bagus hasilnya. Daun bawang dah meninggi.Nak buat apa ah?
Bagus sebagai salah satu bahan untuk Bergedel daging. Akak goreng kentang yang sudah dihiris, Kemudian lenyek dia sampai hancur.. Goreng hirisan bawang merah, Goreng daging kisar. Dalam bekas, campur semua bahan gorengan. Tabur hirisan daun bawang (tanaman sendiri) Daun sup tak ade. Tak apa. Tabur serbuk sup. Gaul rata. Kemudian ambil seceput-seceput, bentuk adunan supaya menjadi bulat dan leper. Celup dalam putih telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Goreng dalam minyak. Angkat dan tos. Jangan lupa rasa masin tawarnya.

Bergedel daging siap untuk digoreng
 Iddin sangat suka asparagus.


Buatlah juga untuk dia, asparagus goreng Tapi kali ini, tak masuk belacan. Just  hirisan bawang merah, putih dan cili merah. Tumis.  Masuk udang ke dalam tumisan Gaul rata. Tambah sikit sos tiram. Bubuh sedikit air.  Masukkan asparagus. Rasa ..masin, tawar? Masak hingga asparagus enak rangupnya.Senang aje.

Kedua-dua resepi diilham dari buku 1H1R. Terima kasih Chef Hanieliza

Gerenti jadi punya....

7 comments:

  1. assalam kak hajjah nora..nak beli jugak la..boleh bagi anak2 lelaki dirumah ni mencuba masakan yang ada.dah ada jual dikedai buku ke kak nora..

    ReplyDelete
  2. when i was little my parents used to make "sambal asparagus" - one way to make me eat vege coz i hated fibery stuff (kalau makan sawi sure tinggal batang kat tepi pinggan) but i love chilli. so they mixed the two to make me eat it, kalau tidak kecik2 dulu dok sembelit je coz tak cukup makan fiber :-D

    ReplyDelete
  3. Salam Erna
    Ada di Kedai Buku Popular. Buku ini bagus untuk tukang masak amatur.

    ReplyDelete
  4. Dieya,
    Yes, the children (and of course yours truly)love asparagus. Other vege, put aside.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,

    teringa masa sekolah dulu-dulu....saya letak bawang atas mulut botol yang dipenuhi aip.....ia berakat dan berdaun....cantik ya amat!

    ReplyDelete
  6. Saya boleh bayangkan...memang cantik. Nak cuba juga. Terima kasih cikgu...

    ReplyDelete
  7. Suka resepi yg senang nak ikut. Rasa ikut suka kan Kak Nora. Tapi tengok bergedel daging tu nampak sedap sangat. Tambahan tahu guna daun bawang tanam sendiri :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.