Interlok

Aku perhatikan dia bekerja.

Ada pembantu mendorong kereta sorong....bawa pasir, bawa batu bata bergerigi

Dia tabur pasir di tempat nak letakkkan bata. Tali menjadi penanda.

Dia ratakan taburan pasir tadi...rata, rata dan rata lagi. Mesti sama tebalnya.

Dia ambil bata merah, dua bata kembar.

Dia susun rapat, macam susunan jigsaw..tiada renggangan antara bata.

Susun jadi kotak empat segi.

Dia ambil pula bata hitam. Sama bentuk dengan bata merah.

Susun sebelahan kotak bata merah tadi, jadi bentuk empat segi.

dan proses ini berulang hinggalah halaman rumah menjadi seumpama papan permainan 'dam'

Merah selang seli hitam.....

Susunan'diagonal' begitu teratur, susunan menegak juga begitu.Maklumlah ukuran dibuat tepat, 'accurate'

Bolehlah nanti bila dataran kejat siap, kita boleh main dam, bolehlah nanti main 'teng teng', boleh main 'hantu galah' , boleh main basikal, buat brisk walk, arobik, taichi...atas dataran 'interlocking' yang dibina dengan kemas sekali.Mudah-mudahn tidak ada lagi 'stray cats' datang mencari pasir atau tanah untuk 'membuang'.


Tak sakit lutut ke,' ngangkung' sepanjang masa?

Dia tak bersekolah tinggi (walaupun sekolah dia sekolah tinggi yang 'famous' di Melaka)) 'sampai Form Three saje....saya berhenti...selalu ponteng sekolah., kawan sama budak-budak suka ponteng'. Dia tak pergi sekolah vokasional. dia tak hadir kursus formal untuk kemahiran 'seni' ini.

Walapun nampak mudah tetapi pada saya rumit. Perlu kesabaran, perlu fikiran kreatif dan analitik...barulah jadi dataran interlok yang kemas.
Bukan semua laman rumah BC ditutupi dengan batubata interlok

Projek landskap masih diteruskan, harap-harap siap sebelum kakak dan adik balik!

9 comments:

  1. salam kak hajah nora...
    cantiknya bila dah siap dengan batu2 bersilang2nya... rasa macam nak buat rumah jer... tumpang xcited pulak....

    ReplyDelete
  2. Hi brutalart,
    Kerja mesti rajin, bos sayang.

    ReplyDelete
  3. Nak tanye, batu bata lantai ni ade name spesifik die ke ek?
    Nak cari tp x tau name die pe..
    Bape kos upah, kos brg untuk lantai bata ni?

    masyeh. :)

    ReplyDelete
  4. Salam nak bertanya..sebijik batu bata nie bape ringgit..

    ReplyDelete
  5. apa nama batu ni? berapa RM seketul?

    ReplyDelete
  6. interlocking, banyak brand. sunblock salah satu (premium). ketebalan batu 60mm lebih kurang RM1.20 sebiji

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.