"posted 2 bottles air zam zam this morning. Should arrive in 2 weeks time."
Dan tepat sekali....
11.11.10 ,Alhamdulillah... 2 botol air zam zam selamat diterima.
Dulu, jemaah haji, hajjah,pulang bersama air zam zam, bimbit di tangan bersama beg galas serta bagasi
Sekarang, air zam zam sampai dulu sebelum jemaah (dalam kes ini, kak hajjah)pulang.
Senangnya sekarang!
Tak sabau nak minum! |
salam kak hajah nora..cepatnya sampai..tahun lepas adik saya poskan air zam zam..dia dah balik sebulan..baru air tu sampai..
ReplyDeleteErna,
ReplyDeleteAda peningkatan perkhidmatan mungkin!
Salam Hjh Nora
ReplyDeleteBagusnya dapat 'fresh' air zamzam begitu! Dan cepat pula!
Puluhan tahun dahulu, ketika mengerjakan haji, ada nampak orang-orang membentang kain putih (amat) panjang di tengah panas. Kata yg bercerita, orang-orang itu tak ada ruang bawa balik air zamzam lebih. Kain putih itu mereka rendam bila balik, dan air rendaman itu mereka anggap air zamzamlah. Entah betul entah tidak cerita ini.
Rencananya tahun berapa nak pergi haji lagi, dan kali ke berapa pula tu?
Salam Temuk,
ReplyDeleteAir zamzam memang ditunggu-tunggu. Minum pun dengan jimat cermat serta tertib. Selalu dihidangkan dalam gelas-gelas kecil kepada tetamu yang ziarah pak ji dan mak ji yang baru balik haji. Soalan yang diajukan macam soalan hos Salam Baitullah kepada tetamu jemputan! ;)