Idaman tercapai

Salam.

Pagi Sabtu.....

Mshart dan  Mr Kind Hart cuti so...
Jom kita breakfast di Klebang.

Maka drivelah kami ke sebuah warung kepunyaan seorang Mak Mok (bukan nama sebenar).
Warung alah 'food court; macam-macam jualan sarapan pagi ada.
Letaknya di mana?
Senang dicari, di tepi jalan, di hadapan sebuah hotel hijau, di jalan utama Klebang
Memang 'food court' 'Mak Mok' ramai pengunjung untuk sarapan.
Seperti biasa, pesanan  ikut cita rasa masing-masing


Apam Malaysia senyum merekah
Alas perut pelajar anugerah
Warna 'pink' jadi rebutan
Don't worry, nanti Nek Lang buatkan




Pulut tetal, abuk-abuk sagu
 Sebalik daun pisang sembunyi malu
Menjadi alas perut yang digelar 'Pak Abu'
'ketiga-tiganya pilihan aku'


Sebutir saje jemput-jemput pisang
Dua potong kuih (lupa namanya?)
 Menjadi pilihan 'the big sister'
Sambil menunggu menu berikutnya.


Cekodok bawang makanan orang biasa
Sekarang menjadi snek  popular.
Boleh dimakan begitu saje
Lebih sedap dengan asam melaka




.Nah kau ikannya, barulah makan cekodok penuh selera
Idaman tercapai sudah, Laksa Nyonya semangkuk besar

14 comments:

  1. mak oii

    ni sarapan ker....

    gendang gendut tali kecapi
    kenyang perut, senang lah hati....

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Alahai...tengok entri ni boleh menyebabkan lapar tahap kronik

    ReplyDelete
  3. Anyss,
    Alahai..lapar kronik tak ape ,jangan sakit!

    ReplyDelete
  4. salam kak nora..apa beza nya laksa nyonya denga laksa biasa..teringin pulak nak tahu..mekasih kak nora..

    ReplyDelete
  5. Erna,
    Laksa biasa maksud Erna Laksa Asam ke? Laksa Nyonya kuahnya bersantan,macam gulai lemak kuning tapi basicnya sama ada air rebusan ikan, isi ikan, daun kesum, bunga kantan etc. Ada juga hirisan tauhu (tauhu gantung,kecik-kecik 4 segi tu).Selalu 'laksanya'nya mee hoon, taugeh, hirisan timun. Sedap kalau betul cara masaknya.

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak nora..laksa nyonya tu..sama dengan laksa lemak la ye..kuah santan..laksa biasa(asam) saya memang tak suka..kalau laksa kuah santan..saya makan.tapi selalunya buat sendiri je..macam kuah laksam..putih je..
    nak cuba makan la..satu hari nanti..kalau pi melaka lagi nak cari..

    ReplyDelete
  7. minum pagi dekat klebang...
    kuih yg tak de nama tu ..kuih kole kacang...
    hehe...

    ReplyDelete
  8. Salam...
    Yang dalam daun pisang tu...terbau2 aroma wanginya

    ReplyDelete
  9. Trima kaih permaisuri Bad,
    Namanya Ummu, blognya hebat
    Bukan tahu...tak ingat
    Nak update posting cepat-cepat.
    :0

    ReplyDelete
  10. cklah,
    Yang dalam daun pisang yang pattern bajunya biru-biri (di melaka dipanggil pulut tetal) sedap dimakan dengan gulai lemak asam belimbing.

    ReplyDelete
  11. Erna,
    Kasih diterima. Nak tau lagi pasal laksa lemak atau laksa nyonya browse aje, atau pergi kat sideline akak dari dapur ke dapur:=)

    ReplyDelete
  12. Ummi,
    nak balas komen dengan segera
    terus post sebelum baca semula
    'ummi' jadi 'ummu' 'kasih' jadi'kaih'
    maaf ye ummi dan terima kasih.

    Slamt Rya Aji (saje....)

    ReplyDelete
  13. hehe.. semangat alang nak balas pantun ya...

    Selamat ari raya aji jugak buat alangg...
    (jgn buat tosei di hari raya raya... kita buat ketupat :))

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.