Aidil Adha

Salam.
Selamat Hari raya Aidil Adha 1431H.
Walaupun sambutannya tidak sehebat Hari Raya Aidil Fitri, kami  di BC, raya sakan juga.Pagi untuk sarapan, ketupat mini bersama kuah lodeh dan sambal tumis ikan bilis menjadi hidangan Ada juga hidangan ayam bali, kegemaran anak-anak.

Untuk lunch, giliran saya pula  ke dapur, masak. Sesi 'Nek Lang's Kitchen'. Masak apa? Nasi Bukhari, atas permintaan ramai.
Saya seorang yang jarang ke dapur dan tak rajin masak (masak bila ada cikmood. Pulak tu saya tak pandai masak.Jadi bila diberi 'honour' masak special  hari ni, aduhai...rasa' alahai' tu ada juga, jadi tak bukhari saya kali ini? Adakah rasanya macam saya masak dahulu? Kali ini masak double, (maklumlah raya) banyak...so kena double the remah-rempah etc. etc.Kena juga rujuk catatan resepi. So the dapur was mine!!Berperang saya  sekejap.Siap si Bukhari!  Sediakan pula jelatah nenas. Teringat Acar Buah, kan best! Sesi makan tadi: Bolehlah Lang. Sedap.Mengapa nasi tak rasa garam? Pedas sikit!Semua noted, akan diambil tindakan.

.Hidangan istimewa raya Aji

Petang pula, datang  2 orang 'jejaka idaman'...best friend for ever Mr Kindhart. Ini semua[promosi dia. "Once in a blue moon'aje Nek Lang masak.Alamak, yang sorang tu 'royal cook' tukang masak diraja..aduhai , malunya, malunya saya kalau dia rasa hasil air tangan saya ni...food taster sudah mari. Sorang lagi pun pandai juga  beri komen.

Para juri sedang berbincang "berapa markah nak diberi?"

Saya: Amacam (apa macam) rasanya, boleh?
Royal Cook: Bolehlah, tak pedas pun, sedap. Lain kali cuba buat yang  tanam punya.
Saya: Biar betul, chef. Yang tanam tu apa dia?
 Royal cook : Betullah ni. Masak lauk bersama nasi sekali.
Tukang komen: kalau ada kismis, buah gajus..lagi sedap...rasa manis, lemak..
Saya: Okey.Nanti kakak balik aji, saya masak dengan taburan kismis dan buah gajus.(maksud: ada peningkatan atau ada nilai tambah nasi bukhari saya).Masak yang tanam punya!

Nampaknya promosi  nasi bukhari telah tersebar. Petang nanti ada nak datang, nak rasa nasi bukhari nek lang. Ketawa saya. Malunya.....alamak nasi  dalam periuk dah nak habis!!!!! Tinggal kerak!!

Banyak juga dapat daging korban..nak masak apa ah? Pergi 'merayau-rayau' rumah bloggers tegar masak, cari ilham!! Ada tulang, masak sup tulanglah lagi (kata Tok Lang).
Tok Lang dengan sup tulangnya :-)

8 comments:

  1. saya cadang kan buat stew daging...senang dan sedap!

    ReplyDelete
  2. Okeylah, nanti cuba..ada resepinya? Tak cerewet kan?

    ReplyDelete
  3. wow.. nampak menyelerakan.
    selamat hari raya idil adha kak hajah..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih, hajah kakpah. Sama-sama kita berhari raya aidil adha walaupun tak meriah tetapi kita gembira.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Wahhhhh nampak pun dah sedap ;)
    Bila nak berBukhari lagi, buatlah iklan kat blog dulu...bolehlah saya masuk dalam senarai tetamu bertuah yang merasa ;)

    ReplyDelete
  6. Kalau Anyss terhidu aromanya, taulah nak tuju ke mana, ya..

    ReplyDelete
  7. kak hajah nora...
    wah... nampaknya resepi nasi bukhari kak hajah nora dah meniti dari mulut kemulut....
    makin selalu kak hajah nora buat, makin perfectlah nampaknya....

    ReplyDelete
  8. Hajah,
    Kata orang. Practise makes perfect. Tapi setiap kali saya masak resepi yang sama, rasanya berubah! Nak jadi perfect kena dari dulu-dulu masak, ini dah pencen baru jinak-jinak di dapur. Macam mana?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.