4M1A

Salam.

Salam Baitullah
Khabar Haji
Soal Jawab Haji
Tanyalah Ustaz 
Lambaian Kaabah

membuat saya terpegun setia di hadapan TV,
tak dapat tengok siaran utama
(mengantuk atau mengalah)
tunggu siaran  ulangan.

Rancangan khas TV musim haji ini
Membuat  kita (saya) hampir dengan Tanah Suci,
(rasa rindu mula muncul)
mengimbau kenangan lama, waktu di sana.
sekarang banyak berbeza.

.
Mengapa saya pengikut setia?
Sudah pasti saya
dapat melihat perkembangan terkini sekitar Masjidilharam dan Madinah
 dapat berita terkini perkembangan aktivti LTH dan jemaah di sana,
dapat melihat wajah-wajah gembira jemaah kita,
menyampai khabar dan pesanan untuk keluarga di rumah
( kakak SMS 'tak usah juling-juling mata tunggu kami di kaca TV)
dapat 'ziarah' tempat-tempat sejarah di Bumi Ambia.
dapat pengetahuan, menambah, meningkat ilmu ibadah haji
bagi yang sudah dan akan pergi, InsyaAllah....

Saya juga 'silent reader' blog CL
Pengalaman di Kota Makkah
 Gambar-gambar  menyatakan semua!

Sudah tentu
Makkah, Madina, Arafah, Muzalifah, Mina..
(4M1A)
bukan dekat lagi tetapi tetap dalam hati....

Rindu mula menggamit
:=)
Ya Allah...Mudahkanlah...




4 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.