Teringin nak makan laksa lemak a.k.a laksa nyonya. Teringat di sebuah warung kuih di ujung pasir. Selalu pada bulan puasa ada jualan laksa nyonya. Maka ke situ lah saya drive jam 2.30 petang semalam.
'Laksa tak ade ke dek?'
Dengan senyum, 'Bulan puasa aje jual. Setahun sekali buat.'
'Aik, buatlah seminggu 3 kali...atau seminggu sekali'
Hampa juga :(
Scan bekas-bekas kuih yang ada.
Mee goreng (dalam bungkusan)
Nasi lemak (pun yang dak siap dalam bungkusan)
Epok-epok.
Karipap kentang.
Karipap sardin.
Donat
Apam gula merah
Kuih kasui
Kuih Bom (?)
Ini yang saya beli. Suka juga kuih-kuih ini.
Epok-epok sayur sedap dimakan dengan kuahnya! |
Kuih Bidaran a.k.a Kuih Bom (bentuk bulat macam 'bom', gitu namanya!
Isinya kacang hijau bukan kelapa, kulitnya disaluti bijan
Nampak pula buah dokong (Siam mari). Semasa di rumah Wasini, ini yang saya capai dulu. Beli pula 3 kg @ RM10.00
Pagi ini dok berangan (merancang angan-angan)...nak masak Laksa Pahang atau pun Laksa Kelantan (resepi Cik Yan @ Sepanjang Jalan, kata dia senang aje buat nye) atau, atau, atau Laksa Nyonya?????
Pinjam gambar laksa lemak Cik Manggis (Google)
Juga pinjam gambar laksa nyonya (Google)
Aduhhh KAK NORA, saya pun gemar Laksa Lemak or Laksa Johor...
ReplyDeleteHmm Kuih Bom inti Kacang Hijau susah nak jumpa, rata-rata orang berniaga guna inti Kelapa jer... sedap tuuu..
Salam Kak Nora,
ReplyDeleteSaya suka Kueh Bom tu...apa lagi kalau kulit dia daripada tepung pulut dan inti pulak inti kelapa...