Sepetang @kasinah

Salam.
Petang semalam Kak Asmah, fren kakak, pelawa saya 'jom makan bubur kacang di rumah Kasinah'.
Kasinah juga member kakak (fren kakak, fren saya juga!!!). Apa kisah pula nak makan bubur kacang di rumah Kasinah? Ada special programme ke? Rupanya pada satu malam dinner ala Chinese course, mangkuk-mangkuk kecil yang tersedia mengingatkan mereka pada bubur kacang. Lalu di 'suruh'nya Kasinah buat bubur kacang dan jamu mereka . Kisahnya :-)....dah berjanji.  Sebenarnya, Kasinah adalah salah seorang caterer handalan di Melaka ini. Bubur yang dihidangkan ...Kasinah special, perasa durian!Lemak dan manis. Makan tau sampai nampak bunga pada mangkuk bubur tu.Cukup saya semangkuk, bubur kacang dan apa-apa bubur pun, banyak santan, manis  ..faham-faham ajelah ye. Di samping itu ada hidangan lain, yang pedas....tahu dan jemput-jemput udang cicah sos


.Kek Kiramisu (home- baked)
Doughnut, panas-panas!!
Apa lagi jemputlah. jangan dengar cerota aje.
Dari kiri, Patemah, Saya, Kasinah, Kak Asmah, Kak Wan Jamilah .

Bila balik, Kasinah beri bekal lagi...bubur dan kuih koci
Terima kasih, Kasinah, lain kali jemputlah kami lagi.
Sepetang @ Kasinah....

Kata petua....
Kalau nak kacang hijau cepat empuk, masukkan sudu bersama kacang yang hendak direbus. Boleh juga titiskan minyak masak ke dalam air rebusan kacang supaya ia cepat kembang.

4 comments:

  1. Aduhhh! dah lama tak makan bubur kacang durian..
    Terliurrrr...sedapppp

    ReplyDelete
  2. Salam Hjh Nora
    Wah, wah ... mewahnya hidangan sore! Dan cantiknya presentation bubur kacang tu! Yalah, pengambilan lemak, gula dan protin berat, memang kena jaga. Semoga masih boleh terus menikmati makanan dan juga kesihatan.

    ReplyDelete
  3. Salam MM,
    Jom, apa kata kita buat bubur kacang durian petang ini? Tapi di mana ye nak dapat duriannya?

    ReplyDelete
  4. Salam Temuk,
    Saya suka juga presentation bubur kacang yang disediakan. Yelah dah jadi emas-emas macam kita ini kena hati-hati bab-bab pemakanan ini kan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.