ke Pendamar

Salam.
Saya tertunggu-tunggu, Sabtu, 6 Nov. 2010.
Kami menuju ke Pendamar, Kelang, untuk memenuhi jemputan satu majlis perkahwinan.
Semestinya  harus hadir panggilan ini. Sebab? Ianya jemputan satu-satunya Ezza and PA (Pak Aziz ). Bayangan saya,tentu majlis ini menghimpunkan ramai bloggers sebab kedua-duanya blogger yang ramai pengikut. Apa lagi mereka juga amat  peramah dan baik budi. Jemputannya melalui blog! (tetapi ada juga terima kad jemputan)jumpa rumah Ezza  dan PA.
Oh meriah dan ceria sekali. Warna warni. Lagu-lagu (Karaoke)  rancak. Cuaca pula terang benderang!
.sila-sila, nasi beryani yang sedap ini
Sedang saya ber'salam semut', peluk-peluk dengan Ezza terdengar suara menegur "Kak Nora". Saya toleh ke arah suara dan terus menjawab "Kak Pah' Maka itulah pertama kalinya 'live' jumpa HjhKakpah of 'Aulad Jannah'), Maaflah hajah, tak sempat nak bergambar dan berbual panjang, dah disuruh makan dan hajah pula nak segera pulang.  Sambil menjamu selera (nasi beryani...sedap....pencucui mulutnya pula ....tapai, tako, seri muka) mata ini menjeling-jeling juga ke meja-meja jamuan yang lain, kot ada bloggers yang saya kenal. Yang ada kawan-kawan bloggers anak saudara, mshart.
bersama Ezza@makcik blogger "just an ordinary makcik, big is the word"
'the o'rascal' with his 'makcik blogger'
The happy couple. Terima kasih, Zah dan PA, atas jemputan.Ini baru anak pertama, pembuka jalan untuk anak-anak yang lain...dengar-dengar, tahun hadapan ada majlis lagi,  ye?


Renjis-renjus dan tepung tawar
Kepada Umi Hazlin dan suami. 'Selamat Pengantin Baru,'

Hampir jam 2.30, kami berangkat pulang bukan ke Melaka tetapi ke destinasi lain...ada agenda ke dua dah!

8 comments:

  1. salam kak hajjah. Saya ada bawa kamera tapi terlupa nak ambil gambar. dah sampai dalam kereta baru teringat. nak patah balik dah segan pulak haha..
    sori tak sempat nak bual panjang sebab ada agenda lain jugak.

    ReplyDelete
  2. Salam Hjh kakpah,
    InsyaAllah, jumpa lagi. Mujur juga dapat cam dengan tepat hajah.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana sudi datang ke sini....saya tak sangka alang datang,,betul2 terperanjat....kalau paklang dan angah ada kan best!...
    Ni kaki ah kejang tau..pinggang pun sakit....tapi hati dah senang sebab 'bisul dah pecah"...hahhaha

    ReplyDelete
  4. Ezza,
    Setiap kesukaran ada kemudahan. Sekarang Ezza dan PA bolehlah kemas-kemas 'rumah' yang dah banyak sesawang. Ha ha :)

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Nora,

    Bila kakak singgah halaman blogger yang dapat bertemu rakan blogger tumpang rasa gembira. M'sia pun bukanlah besar sangat kan.... Tapi tajam pandangan kekadang tu penting juga.

    Mesti gembira saat bertemu kali pertama.

    ReplyDelete
  6. Mungkin kita terserempak rakan blogger kita di mana-mana seperti di pasaraya, di kedai, di warung roti canai..tapi kita tak cam mereka. Ezza akak pernah jumpa, kakpah itulah pertama kali.

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Nora,

    Saya pulak memang bercadang nak pergi, tah macam mana boleh terlupa!..saya dah siap gosok baju seminggu sebelum lagi, lepas maghrib baru teringat, aduh!!!! melepas saya! tu lah kalau bukan rejeki...:-(

    ReplyDelete
  8. Yan,
    Betul tu Yan, sudah ditetapkan bukan rejeki Yan walaupun dah bersiap seminggu yang lalu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.