Lega

Salam,
Hari Selasa.minggu lalu, jam 7.00 pagi
Badan aku sudah penuh berisi, nak termuntah ada,
Tuan rumah seperti biasa angkat aku (atau seret) aku ke tepi jalan, ikut jadual nya, hari ini, aku akan dikosongkan.
Tunggulah aku di tepi jalan dengan setianya.  Aku juga ditutup rapat.  Kepala aku terasa berat. Rupanya di himpit dengan sebongkol batu.Aku nampak kemas. Isi perut aku tidak dibedal oleh sang kucing atau yang sekawan dengan nya. Tak seperti sekelompok nun di sana. Bersepah. Tak ada rumah. Jijik!!
Tunggulah aku dengan setianya.
Tengahari. Petang. Malam.......eh mana dia tak datang ni? Rosak ke?
Aku rasa badan aku diseret semula ke dalam kawasan rumah. Kalau dibiarkan sudah tentu perut aku akan terburai.
Okey..
Hari Khamis...jadual sepatutnya aku di kosongkan  semula.
Tuan rumah seret aku (sebab aku berat...isi penuh)..ke tepi jalan sekali lagi.
Tunggu. Tunggu. Tunggu punya tunggu...
Tapi dia tak kunjung tiba. Aku nampak longgokan yang senasib dengan aku nun di rumah sebelah dah tak ade? Rupanya sahabat-sahabat aku itu diangkut oleh kereta yang jenis tolak, disorong (atau ditarik) oleh manusia. Ada lagi cara manual ini ye? Kesian si tukang sorong tu.
Agaknya jadual untuk bongkar aku dah bertukar kesebelah malam ke? Kali ini tuan rumah biarkan aku bermalam di tepi jalan, in caselah dia datang....
Jumaat pagi...eh..masih penuh, aku sudah berulat, sudah berbau.
Sabtu., jadual seterusnya...pun keadaan aku begitu. Mujur kapala aku ada batu. Berat.  Mujur. Aku masih steady tercegat ditepi jalan.
Ahad, Isnin...aku sudah  ada teman..sebuah tong merah Saiz S. Perutnya juga diisi.
Tuan rumah sudah merungut. Mana dia tak datang-datang.
Selasa....aku dengar tuan rumah..sibuk tanya cara nak buat aduan,  nak mengadu mana pergi perkhidmatan kebersihan kawasan rumah.
Dia buat aduan SMS..dia buat aduan ke bandaraya (on line)..dia buat aduan telefon.
Malam itu....hah... akhirnya...dia datang  juga...lega perut aku dikosong kan...perut si merah juga dikosongkan.
Aduan diambil tindakan. Atau memang jadual sudah tukar ke sebelah malam? tapi  mengapa  tak ada notis perubahan jadual?
Apa-apa pun, terima kasihlah kepada pihak yang bertanggungjawab, ambil tindakan segera. kalau tak mengadu, masalah tinggal begitu.
.aku, si tong hitam dan dia, si comel merah..lega dikosongkan
Kepada encik-encik pembersih kawasan (tak maulah panggil tukang angkat sampah) maaf ye tuan rumah saya buat aduan. Bukan apa..dia rimas, risau satu minggu sampah tak diangkat. Inilah pertama kali dia buat aduan kebersihan kawasan. Kalau tidak, tak taulah apa nak jadi. . Dan banyak-banyak  terima kasih...lain kali jangan buat kami tertunggu-tertunggu..satu penyiksaan tau!

4 comments:

  1. kalau ada perut ikan , lagiiii haru biruuuu

    ReplyDelete
  2. Berul tu, selalunya perut ikan direbus terlebih dahulu, sebelum dibuang.

    ReplyDelete
  3. centu la maknusia ni kan kak...dah ngadu baru nak buat kije. mcm pahat...nak tunggu diketuk.

    ReplyDelete
  4. Acik,
    Munkin lori angkat sampah rosak, munkin jadual berubah akak tak tau. Waktu-waktu lain, tiada problem. Good job!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.