Jom, makan-makan

Salam...
Apa plan berbuka semalam? Mr Kind Hart kata berbuka di luar, di warung masak asam dan ikan bakar di Alai. But first kita break fast dulu di rumah, makan apa yang ada, solat maghrib. Then makan time. Berbuka di rumah? Makan apa yang ada dulu? Apa yang ada tu termasuklah Bergedel Ikan Nek Lang (sempat buat siang nya), epok-epok sayur dan nasi lemak Mak Cu, roti John, kuih muih, burger for Amal, sausage stick and nugget for Iddin. Air pula pelbagai: air tembikai ada, air durian belanda ada, milo ada, kopi dan teh o. Nah kau....makan alas perut tapi kenyang. Oh tak boleh terus gi makan masak asam di Alai. Give a break. Lepas terawikh aje lah. Semua member agreed. Jadi berbuka puasa lanjutannya, di Alai. Hidangannya: masak asam pedas ikan pari (ingat Ezzah), sotong goreng kunyit, ikan (lupa nama tapi sedap) tiga rasa, udang goreng tepung, kailan goreng, ikan kembung goreng gitu-gitu ( plain tak berkunyit) nasi lemak bungkus comel,nasi putih ( untuk yang nak makan dengan masak asam), otak-otak dan air pelbagai rasa, kegemaran masing-masing. Alhamdulillah. Syukur nikmatNya. Mata dah separuh tutup, balik terus boooooom.
Sahur pula, dah ada rancangan. Ada tempat nak gi serang. Ke Kafe Dawood, sebuah side walk cafe, beroperasi 24 jam. Jadi pagi-pagi jam 4.00, semua bangun. Siap-siap ke Dawood di Hang Tuah Mall. Sekarang, menunya style mamak pula. Ada tosai kosong, tosai bawang, maggi mee goreng, mee goreng ayam, roti telur tampal (macam bunyi 'patchwork' pula). Bergedel ikan Nek Lang dan nasi lemak Mak Cu, bawa sekali. Air pun ikut selera masing-masing. Oh, okey, mamak pengambil order tu , boleh ingatlah order kita ,tak payah tulis pun. Jangan terlalu awal buat penilaian . Ada juga salah faham: konsep roti telur tampal yang di order oleh Mr Kind Hart, lain diorder lain pula fahamannya. Gambaran tak sama... Hai, mamak, nanti aku sumpah kau jadi batu, baru tahu! Pagi waktu sahur sejuk dan tenang. Tapi tiba-tiba angin jadi kencang. Mujur dah habis makan. Iddin, the innocent one, tanya "Masa ni Nabi Mohammad dilahirkan ke?" Dia dah buat satu kesimpulan kalau berlaku angin kencang, ribut etc, etc....satu peristiwa penting berlaku. Pengaruh TV lah tu, too dramatic. Well, kesimpulannya... elok kita sekali sekala makan ramai-ramai diluar, tukar suasana berbuka dan bersahur. A big Thank You Mshart and Mr Kind Hart. Panjang umur murah rezki, sihat selalu....nanti buka table lagi, boleh?

6 comments:

  1. masak asam pedas melaka, meliurkan. Kalau balik melaka, memang menu tiap2 hari asam pedas.

    Raya mana Nora..

    ReplyDelete
  2. N9, menu utama gulai cili api, Melaka pula masak asam pedas. Raya di Melaka dulu.

    ReplyDelete
  3. Wow...bestnye makan-makan-makan!
    saya pulak tak pernah makan kat luar di bulan ramadhan.

    ReplyDelete
  4. Wow, seronoknya! Tabik betul, buka & sahur kat luar dlm sehari! Pak Cik Temuk, memang tak terbuat. Tapi dgn kompani & juadah yg bagus, ke Gunung Ledang pun sampai, kan? Salam.

    ReplyDelete
  5. Cg Zainab.
    Kalau di Kuantan saya tak pernah keluar makan-makan pada bulan Ramadhan. Tetapi di Melaka ada company yang suka makan-makan, tukar angin. Ramai juga pengunjung di waktu itu. Tak selalulah makan begini.

    ReplyDelete
  6. Betul kata Pak Cik Temuk. Sekali sekala, pakcik. Salam.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.