Bersemangat

Salam,


Sudah kah anda mengibarkan Jalur Gemilang di rumah anda? Hari Kebangsaan satu minggu lagi! Serikanlah rumah anda dengan Jalur Gemilang. Di rumah BC setiap tahun, InsyaAllah, sudah menjadi tanggungjawab my sis untuk mendapatkan Jalur Gemilang . Berusaha dia. Jalur Gemilang dipasang di pintu besar/gate rumah BC, kiri dan kanan. Tahun ini, benderanya lebih besar. Lihatlah bagaimana my sis menanamkan rasa patriotik, sayang Malaysia, kepada kanak-kanak ini. Amal, Iddin serta Aishah, kawan sebelah rumah, busy membantu Nek Ngah. Setelah Jalur Gemilang berkibar, ada pula acara menyanyi Lagu Negara Ku. Leadernya Nek Ngah, acara naik bendera mesti diikuti dengan lagu kebangsaan macam kat sekolah.



Iddin so proud to be the flag bearer







Hold tight please

Aishah masukkan bendera. Iddin dan Amal membantu.






Mesti kemas






Pegang kuat-kuat
Proud to be a Malaysian!
Tumpang lalu: Semalam berbuka puasa di rumah Mshart. Special menu: Mee Hoon Goreng Tom Yam (betul kah ?). Sedaaaap. Terawikh kali ini di Mesjid Selat. Suasana lebih selesa. Lapang. Ventilation good. Bacaan Imam pun very good. Jumpa ramai kenalan. Kemudian Mr Kind Hart (tau kan siapa) bawa the gang for supper pula kat gerai di Jalan Hang Tuah. Ramai rupanya pengunjung. Apa lagi member order Teh Tarik, ada yang makan mee goreng ayam, maggi mee goreng, roti Arab, chicken chop. Akibatnya malam tu saya susah nak tidur sebab minum teh. Oh yes, di PT ada pula sekumpulan Mamat pukul-pukul gendang kejutkan orang bangun sahur, "Sahur, sahur...." macam orang jual kuih. Mshart dah siapkan menu sahur yang basic aje.....tapi makan ramai-ramai sedap juga.
Selamat berpuasa dan berbuka.

8 comments:

  1. balik kampung lama dulu masa arwah mak masih hidup, kakpah terjumpa satu tetawak tembaga. Abah cakap umurnya dah seratus tahun lebih. Gunanya untuk dipukul kalau ada kematian, kecurian dan juga untuk mengejutkan orang bersahur. Abah suruh kakpah bawak balik bangi. Ada tu tersimpan dalam stor. Ada pulak orang yang menakut2kan kakpah sebab umur tetawak tu dah setahun lebih. kang kalau dipukul2 ada pulak benda lain yang datang. haha..

    Selamat hari merdeka. Negara merdeka semasa kakpah berumur satu tahun lebih. Hehe.. boleh kira kan umur kakpah?

    ReplyDelete
  2. Alang
    bagus nya kalau di hidup kan kembali tradisi lama lama ni, mengejut kan kan orang sahur. Pagi saya terbangun lambat..sedar2 dah pkl 5.15 pagi..macam kilat lah kedapor...pastu punya lah liat nak bangun kan budak2.
    Saya pun belum kibar kan bendera lagi...tengok alang punya bersemeangat tu..malu nyaaaaa...
    salam buat ms hart ya....baik nya diaaaa

    ReplyDelete
  3. Salam KakNora, ni cikMilah dari Penang datang menjenguk....jalanjalan dari rumah KakEzza.
    Selamt berpuasa, jemputlah ke Penang...

    ReplyDelete
  4. Muda lagi kakpah kita ni! Antik tetawak tu, jaga-jaga elok-elok.

    ReplyDelete
  5. Kat BC pula sekumpulan mamat round satu kampung, kejutkan untuk bersahur dengan pukul kompang sambil menyanyi.

    ReplyDelete
  6. Ni CikMilah whazt up, whazt up ke? trima kasih singgah rumah akak.Lama sungguh tak ke Penang. Penang Bridge pun belum tengok lagi.

    ReplyDelete
  7. Bagusnya! Awal2 dah naik Jalur Gemilang. Kawasan rumah besau, naik berapa panji-panji? Terkenang ... selama 446 tahun (1511-1957)kita dijajah kuasa luar... Selamat menyambut ulangtahun ke 52 kemerdekaan negara. Salam.

    ReplyDelete
  8. Salam Temuk,
    Dua cukuplah, nanti over pula! Happy Birthday Malaysia!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.