Sambal lada ikan kembung ala Melaka

Salam,
Lang, nak makan apa berbuka nanti? Soalan cepu emas daripada kakak.
Tati nak hantar Laksa Nyonya (ooooh sedapnya) untuk berbuka, jawapannya.
Sahur?
Masak nasilah....
Problem....lauknya apa ye?
Bukalah freezer, ah, nak masak resepi simple kegemaran Iddin (hope so), Ikan Kembung Goreng Cili atau pun di panggil juga Sambal Lada Ikan Kembung, style Melaka.
Bahan: (untuk 2 orang)
3 ekor ikan kembung
14 tangkai lada merah (sebab, nak banyak sambal, 10 pun memadai)
5 ulas bawang merah (sebab, bawang merah saya saiz M, kalau saiz S, 10 cukup)
1 inci belacan
sedikit asam jawa. ambil airnya
serbuk kunyit
garam halus
gula
minyak masak
Cara memasak
1. Perap ikan kembung bersama kunyit dan garam.
2. Blend belacan, cili dan bawang sampai lumat. (Kalau tak mahu lumat sambalnya, tumbuk
bawang dan belacan sampai lumat. Lada ditumbuk kasar sedikit)
3. Panaskan minyak. Goreng ikan yang sudah diperap. Goreng separuh masak. Angkat dan letak ke dalam piring.
4. Dengan minyak yang sama, tumis semua bahan yang telah ditumbuk, hingga keluar minyak.
5. Masukkan air asam jawa. Biarkan sehingga sambal mendidih.
6. Masukkan ikan dan garam dan gula secukup rasa (agak-agak orang puasa, jangan banyak sangat).
7. Sebatikan ikan dengan sambal. Perlahankan api.
8. Angkat. Hiaskan dengan racikan daun bawang dan sup (kalau ada)


Ini dia ikan kembung dua beradik, seekor dah dimakan waktu sahur. Sayur?...salad je!
Itu style melaka, Kalau style orang awak (Minang), cili merah ditumbuk kasar dengan bawang merah, tak ada belacan. Air asam jawa diganti dengan asam keping. Pada sayalah, sambal lada ini digaul rata bersama nasi dan tambah kicap lemak manis sikit.....sedapnya!!!

8 comments:

  1. nampak sedap sangat..sebab kalau pakai cili merah bau dia harum...
    betul tu alang..orang kita buat sambal tak pakai belacannnnn..
    BTW..
    belacan yang tati beli tu dah losap!
    ni mesti kerja bebudak kat rumah ni berkemas...main kemas jer tak pandang pandang.....
    sakit betul hati saya kak oi..sebab belacan tu sedap...Jangan cakap kat Tati tau!!!!!

    ReplyDelete
  2. Hajah,
    memang sodap tu! saya pun letak belacan bila masak resepi ni..baru terangkat!

    ReplyDelete
  3. Ezzah,
    Tak apa nak yang baru boleh order.

    ReplyDelete
  4. Happy cooking untuk berbuka, cg Zainab.

    ReplyDelete
  5. Alang....

    cili merah kemain lah mahal hari ni...sekilo 13.90 sen..

    saya beli 2 bijik saja...49 sen!

    ReplyDelete
  6. Kurangkan makan cililah nampaknya.Semalam saya guna stok lama.

    ReplyDelete
  7. semalam kakpah buat laksa nyonya. wuish.. sodap.

    ReplyDelete
  8. Salam Pah. Laksa Nyonya memang favourite kami di sini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.