Sabau, sabau

Salam bahagia,
Sabau, sabau (sebutan orang Melaka, "sabar, sabar"). Banyak menguji akak hari ini.Nombor satu, akak guna broadband, punyanya slow speed dia (sebab dah pilih yang speed rendah!). Bila buka blog atau site yang ada gambar (yang besau-besau pula tu) punyanya lambat download!. Tapi ada masa, laju pula. Kata dia (dear), broadband di share oleh ramai. Jadi lambat lah pautannya. Akak boleh jalan-jalan ke dapur, cari benda mengunyah, boleh intai channel 303 kejap. Bayangkan lambatnya dia mencari dan nak load pula. Nombor dua, bila buka browser, M*****a F*x,(musang api)', server tak boleh connect. Try pula 'O*p**a , pun problem, "Cannot find server, retry." Bila retry, pun tak boleh. Frustnya!!! Kata dia, "itu problem bandwidth, ramai orang pakai. So disconnect kemudian reconnect.' Maknanya disconnect and reconnect broadband. Dengarlah nasihat..dan ...voila....jadi.....boleh singgah rumah kawan-kawan. Sabar banyak-banyak, jangan give up!!!
Apa akak cari kat dapur sementara browsing? Cari ini ah..

bepang kacang


kacang tumbuk


makan dengan sudu

Saya upload 3 image jam 6.00 petang. In between, setiap imej 10-15 minit, tengok 'Wadi Unung' telemovie di Astro Prima, cerita dua sahabat karib.

Jadi banyak bersabar ye.

8 comments:

  1. Dear Nora,
    Saya pun suka makan bepang kacang dan kacang tumbuk tu!!
    Masalah ke'slow'an broad-band tu...no komen! Saya tak gunanya.

    ReplyDelete
  2. kahkahkah... boleh siap masak lagi kak nora oi.

    ReplyDelete
  3. Dear Nab,
    Layan aje slowness dia dengan kesabaran. Bepang dan kacang tumbuk tu boleh buat sambal kacang kan?

    ReplyDelete
  4. Salam Pah,
    Masak dah siap pagi. Ni nak nibble-nibble sambil menunggu.

    ReplyDelete
  5. Alang
    sama pulak citarasa kita ni.. saya pun suka makan bepang dan kacang tbk ni....

    ReplyDelete
  6. sakit jiwa kan klu line selow giler...
    klu acik, teruih gi baring dan zzzzzz...
    ada masanya, kat sinipung sama..tpi senornya bukan salah stimik..tpi PC yg dah uzur nih...huhu

    ReplyDelete
  7. Dear Acik,
    Memang sakit jiwa, tapi tahun depan katanya broadband laju. Sabar...

    ReplyDelete
  8. Salam Ezzah,
    Dah beri jawapn komen, tapi hilang. Nak makan bepang dan kcng tmbk tu kena berpada-pada.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.