YTT

Cik YTT in my garden
Salam semua....

Bunga YTT, Yesterday, Today, Tomorrow, amat unik namanya. YTT dikenali juga dengan Sunday Monday atau Morning Noon Night. Nama Melayu nya Semalam, Hari ini, dan Esok. Ringkasnya Sehe. YTT..... one of my favourite flowers. Sebab, nama pelik. Warna kelopak berubah ikut usianya, semakin matang semakin cerah warnaya. Mula berkembang, warna ungu tua, masa sedang berkembang pula ungu muda dan apabila matang, ia berwarna putih. Kan pelik tu. Bau pula harum, wangi. Tetapi bila terbaca dalam ruangan Laman Berita Minggu Ahad 9 Ogos 2009....saya baru tahu... dalam cantik dan harum si Cik YTT, ia adalah tumbuhan beracun. 'Jika termakan, ia boleh menyebabkan mangsa mengalami pengeluaran air liur yang berlebihan, sesak nafas, sawan, anak mata menjadi besar serta pucat.' Oleh itu hati-hati ya penggemar Cik YTT (saya suka colour purple nya!), jauhkan pokok ini daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Takut nanti jika termakan boleh menyebabkan keracunan.

Colour purple, menawan

4 comments:

  1. Ooo ala-ala bunga 3 in 1 gitu. Kpah takde tanam bunga ni. Tapi kpah ada bunga kembang 3 bulan. Maca tu jugaklah bertukar warna...

    ReplyDelete
  2. Nak tengok gambar si kembang triwulan, boleh? TQ. Oh yes, Selamat menyambut bulan Ramadhan, Pah and all at Tadika Aulad.

    ReplyDelete
  3. Sehe memang istimewa. Harum & mampu mengubah wajah. Pun beracun, mgkin racun atau bahan lainnya boleh jadi penawar. Perhati tak, Sehe mula dgn warna apa? Melur berbeza tak? Salam & selamat menjalani ibadah puasa & ibadah lainnya sepanjang Ramadan.

    ReplyDelete
  4. Salam Temuk,
    Melur tetap putih selamanya. Selamat menyambut Ramadan serta selamat menjalani ibadah puasa to you too.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.