Salam....
Petang semalam, saya bukalah bungkusan yang dibawa balik oleh Mr Kind Hart. Ada beberapa kuih bungkus yang di bungkus dengan daun hijau. Saya ingatkan betul-betul daun, rupa-rupanya kertas warna hijau. Kuih bongkok ke? ( kuih tepung pulut yang ada gua melaka tu atau dipanggil tepung bungkus?) ...ooops ......bukan...tetapi tapai. Hai tapai pulut sekarang dah 'pakai baju kertas ' bukan daun lagi ! Baju hijaunya tak basah sebab terlebih dahulu 'the innner wear' ada plastik. Yang asli sudah hilang, ialah orang berniaga. Dengar cerita tapai bungkusan kertas hijau ini dijual dalam kotak. Itu sebabnya ia dibungkus dengan kertas. Bukan tapai sahaja, tetapi ada juga saya jumpa kuih tepung pelita pun 'container'nya daripada kertas hijau. Hai...Tipah tertipu lagi....
harap harapnya rasa aslinya tak hilang ...
ReplyDeletehihihi. pernah beli skali kat jj. sedap gak rasanye.
ReplyDeletesusah dah nk carik daun pisang kak oooii...sebab tu kener ada inisiatif lain, nk jadikkan dia cam asal gak...heheheh
ReplyDeletekreatif dan inovatif!
ReplyDeletepB,
ReplyDeleteRasanya tak hilang tapi seceput aje. Penggemar tapai pulut di rumah ini suka makan ais krim vanilla.
Pat,
ReplyDeleteAunty tak suka. Manis.
Acik,
ReplyDeleteDulu-dulu siapa sangka boleh guna kertas ganti daun?
Lan,
ReplyDeleteThinking out-of-the-box!
alang tu tapai pulut sarimah ke....
ReplyDeletedaun pisang mahal kak..macam tu lah jadi nya...kat sini 2 kpg daun pisang harga 1.20 sen...tapi saya lebih suka tapai yang berbalut daun pisang...bau daun pisang ni lain sikit...
ReplyDeletebuka apa hari ni kak?
Salam Hjh,
ReplyDeleteSaya gemar makan tapai! Kalau kat Kelantan, masih lagi guna daun getah utk bungkus tapai. Sekarang ni bekas plastik pun digunakan.
Yelah tu Ummi, the famous sarimah tapai!
ReplyDeleteZaman tekno, Ezza. Menu special hari ini Mee Goreng Basah sebasah Hari Hujan! Kebetulan petang ni hujan.
ReplyDeleteHilang rasa tapai sebenar, kan cg Zainab?
ReplyDeleteni kes aku yang tertipulah ni ye..
ReplyDeletememang kakpah tertipu. ingatkan daun le tu.
Hello Kak Nora, I love Malay food and kuehs, but will ehlak tapai, ha ha. That and petai.
ReplyDeleteWhen flying MAS will always know ada orang makan petai, especially the KB to KL evening flights, ha ha.
First time I too tengok tapai wrapped in kertas.
I take this opportunity to wish you and all at home, selamat menjalankan ibadah puasa dengan penuh tabah dan kesyukuran.
Best regards, Lee.
Hope your nama is not Tipah lah. Kalau tidak, tertipulah selalu Dari jauh memang ingatkan daun, so ori.
ReplyDeleteHi Uncle Lee,
ReplyDeleteThanks for visiting again. Thanks for the greetings. Yes, tapai dah hilang originality.
Bungkusan tu sgt cantik. Kalau ada corak belang2 mcm daun pisang lagi cantik :D. Apa pun daun pisang lebih organik bau pun lain, rasa lebih berselera kalau dibungkus & dialas dgn daun pisang asli. Selamat berpuasa. Semoga amalan kita bertambah di bulan yg mulia ini.
ReplyDeleteSalam KiTTuN,
ReplyDeleteMungkin satu hari adalah ciptaan kertas corak daun pisang. Apa-apa pun yang asli memang terbaik. Selamat berpuasa juga kepada anda.