Menyambut Ramadhan

Salam,

Malam tadi merupakan malam menunaikan solat terawikh yang pertama. Ke mana kita? My sis dan saya ke mesjid yang hampir dengan rumah kami, Mesjid Pengkalan Rama. Mesjid ini, agak 'tua' tapi dah di modenkan. Ada dua menara atau orang putih kata 'minaret', macam Petronas Twin Tower. Ia tak lah kecil sangat, tapi ventilationnya kurang sikit. Faham-fahamlah musim-musim sekarang ini, kita perlu cari tempat yang tak tertutup, tak sempit, tak crowded. Selalunya, kami akan tuju ke tempat biasa kami iaitu di bahagian tengah, saf kedua bahagian tepi. Kali ini, kami tuju ke saf bahagian belakang sebelah pintu yang daunnya terbuka luas. Berangin. Kipas dalam mesjid pun pusing ligat. Saf pun penuh juga. Saya buat ketetapan elakkan salam semut (kalau boleh)kalau jumpa kenalan. Yelah, keep social distance. Dalam pada jaga-jaga tu, saya dah mula sniff, sniff. My sis dah mula bersin...achoo...achoo... Panas.... Jadi nak buat terawikh 20 rakaat tak jadi, 8 sahaja sebab dah mula hidung berair,takut pula jangkit pada jemaah lain. Tentu mereka pun tak boleh beri tumpuan ketika solat. Takkan nak pakai mask waktu solat kan? Balik rumah kengkapkan solat witir dengan my sis sebagai imamnya.
"Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui"
Tambahan: Al Fatihah buat ibu Cg Faridah Kazi. Beliau meninggal dunia jam 11.00 pagi tadi, sakit tua.

4 comments:

  1. jaga kesihatan kakk..poser2 nih...
    Innalillahi wainnailaihi rojiun buat yang telah pulang ke Rahmatullah

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan buat auntie sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Pat,
    Salam ramadhan juga untuk Pat dan famili

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.