Dalam kenangan

Salam semua,



Terkejut saya menerima berita perginya Datin Norharizan binti Daud ke Rahmatullah petang Rabu, semalam. Saya tidak percaya, berulang-ulang saya buat kepastian daripada Pn Faridah K. Saya terbayang wajah lemah lembutnya menunjukkan saya beberapa keratan lakaran sudut-sudut landskap di sekolah, hasil idea kreatif beliau. 'Zan' (panggilan saya) merupakan seorang guru Pendidikan Seni dan Bahasa Melayu di SMK Tengku Afzan, Kuantan, seorang guru yang kreatif dan innovatif, berdedikasi dan berdisiplin. Selain daripada menjadi guru kelas yang disayangi pelajar, guru mata pelajaran, beliau adalah guru keceriaan sekolah. Beliau tegas menjalankan tanggungjawab menceriakan sekolah, dengan bantuan team dan pekerja sekolah. Banyak landscape yang menarik di kawasan sekolah, warna warni' dengan pelbagai bunga yang menarik dan tumbuhan menghijau. Blok-blok bangunan sekolah juga diberi nama bunga. Terdapat berbagai-bagai taman di kawasan sekolah, siap dengan pondok wakaf, pondok bacaan, 'fountain', pergola. Semua sudut sekolah dan bilik darjah menjadi ceria dengan idea kreatif Zan. Apa-apa yang hendak dibuatnya, pasti dilakarkan terlebih dahulu dan minta pendapat saya. Saya beri beliau kebebasan mereka cipta dan meluahkan apa yang beliau rasa perlu di sekolah. SMKTA begitu ceria dan beberapa kali jadi johan pertandingan keceriaan sekolah. Memang tugas saya dalam keceriaan sekolah amat ringan dengan adanya Datin Norharizan. Banyak lagi kisah-kisah manis bersama arwah. Saya ingat majlis persaraan saya juga diatur oleh beliau. Saya dihantar ke pintu besar sekolah dengan menaiki 'buggy' dan ditabur dengan bunga-bunga sepanjang jalan. Saya ingat kagi bagaimana beliau buat surprise bila saya tiba sahaja di pintu besar sebuah hotel untuk majlis makan malam persaraan, saya diarak macam princess siap dengan 'crown'.
Zan, you will be missed by the rest of the Afzan team. Saya pasti banyak lagi idea-idea dan projek yang 'bukan-bukan' (yang tak terfikir oleh orang lain)yang Zan ada untuk mencantikkan sekolah Afzan. Banyak Zan telah korbankan demi SMKTA. You must be tired. Banyak peninggalan Zan di sekolah yang akan menjadi kenangan warga SMKTA. Hasil lukisan Zan ada tergantung di rumah di Bukit Sekilau, ucapan dan tanda tangan zan masih ada, tidak saya padam. Anda tetap diingati. Anda tetap dirindui.Terima kasih, Zan. Semoga Allah sahaja yang membalas segala usaha Zan. We love you but Allah lebih menyanyangi mu. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Zan dan meletakkan Zan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga roh Zan aman bersemadi di alam seterunya. Selamat tinggal Zan. Al Fatihah.....

Al Fatihah juga untuk Ustaz Mohamad Asri bin Ibrahim (Rabbani).....terngiang-ngiang nasyid "PERGI tAK KEMBALI"

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.