Sebelum jam 10 pagi
Jam 10 pagi
Yang selapis, daunnya kecil dan lebar sikit
Cik Rose warna merah, berlapis, daun kuris dan runcing
Cik Rose warna merah, berlapis, daun kuris dan runcing
Cik Rose Jepun di halaman rumah
Happy sangat tengok kembang-kembang rose Jepun di laman rumah. Ada pelbagai warna .Tapi saya ada dua jenis sahaja, yang bunga selapis dan yang berlapis. Ros Jepun, Japanese Rose, dikenali juga dengan Bunga Kembang Sepuluh. Sebab? Uniknya Cik Ros Jepun ni sebelum jam 10 pagi, masih lagi kuncup. Jam 10 pagi, kuntum-kuntum mula mengembang hinggalah tengahari dan menjelang petang ia kuncup semula dengan perlahan. Ia juga mudah ditanam. Hanya patah batangnya dan cucuk kat tanah. Menarik bila ditanam dalam pasu, tak kira yang panjang , bulat, besar atau kecil. Siram dan baja, perlu cahaya matahari yang cukup....dan ia akan tumbuh dengan segar, berbunga dengan banyak, mewarna warnikan halaman rumah.. Eee sukanya!.
acik pun suker nengoknyer kakkk...santikkkkk....Subhanallah..
ReplyDeleteroner roni menceria kehidupan.
Acik,
ReplyDeleteDialah yang meroner roni laman akak.
salam kak
ReplyDeletesalam Ramadan dari kami....
rose jepun ni datang dari Jepun ke kak...
Ezza,
ReplyDeleteSalam Ramadan dari kami di BC juga. Ah,ah, rose jepun special from jepang.
bunga ni senang nak tanam dan senang hidup. Tapi kena selalu repoting. Cantik bila semua berbunga.
ReplyDeleteTrue, yang berlapia lapis tu batang dan daunnya macam lipan.
ReplyDelete