Ayat penawar

Salam semua.
Pagi tadi berlangsung sudah 'together gather' majlis bacaan Yassin dan tahlil serta rawatib anjuran Pn Norehan. Beliau ( seorang guru) yang sangat prihatin mengenai kesihatan seorang rakan karib yang juga guru di sekolah beliau (dan juga my former school teacher), Cik Norkhairiah (dipanggil Cik Norki) Majlis tersebut khas untuk kesihatan Cik Norki yang sedang menghadapi 'breast cancer', juga untuk mereka yang telah pergi (arwah) serta mohon perlindungan Allah SWT melindungi kita daripada penyakit yang besar dan kecil, yang berjangkit sekarang ni. Ada saya jumpa x teachers Afzan. Tak ramai yang hadir, mungkin ada sebab. Ada juga bekas pelajar Cik Norki. Tuan rumah telah jamu tetamu dan kumpulan mengaji (rombongan mengaji Cik Kiah dari Beserah) dengan lunch yang best: nasi putih, gulai nenas ikan kurau kering, rojak petis, ayam goreng, ikan masak merah. (note: saya sungguh berselera lunch tadi!) Ada juga mee calong dan kuih. Petang ada lagi. Kaum bapa dan pelajar sekolah tahfiz pula. Untung ya, dapat sahabat seperti Norehan dan keluarga. Semoga majlis mendapat berkat daripada Allah SWT. Semoga Cik Norki tabah menghadapi ujian Allah, kuatkan semangat.

Akak nak share ayat penawar di bawah ini (bagi mereka yang belum tahu). Terjemahan, ye.

Ayat Penawar
Ya Allah, Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku memohon perlindunganMu dengan kalimatMu yang sempurna dari bahaya angin merah dan penyakit- penyakit besar, dan dari tiap-
tiap penyakit dalam jiwa, dalam darah, dalam daging, dalam kulit, dalam urat dan dalam tulang.
Tiada Tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau Apabila Engkau menginginkan sesuatu, cukuplah Engkau mengatakan jadilah, maka terjadilah ia.

Panduan
1.Baca Bismillah.......... (1x)
2.Baca Salawat Syifa atau mana-mana salawat (1x)
3.Baca doa di atas dan hembuskan pada secawan air lalu diminum
4.Diamalkan tetap dan terus menerus sebelum masuk tidur. InsyaAllah mujarab bagi segala penyakit dalam badan seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, barah dan lain-lain.

Akak: Shhhhhhh.....Jiran sebelah rumah goreng ikan bilis, baunya masuk ke dalam rumah akak! Kena ligatkan pusingan kipas dan buka tingkap dan pintu!
Salam...

5 comments:

  1. berseleranya makan dengan menu yang ada tu.
    ikan bilis? patut kat sini pun ada bau.

    ReplyDelete
  2. moga cikgu norki tabah menghadapi kesakitan.... dan disembuhkan Allah akan penyakitnya...
    Takut dgr orang sakit itu ini.. acik ni belum lagi di uji dgn sakit... tapi biler2 masa je kita akan dpt penyakit..yg kekadang tahaperhaper.

    ReplyDelete
  3. Pah,
    Jiran Pah pun goreng ikan bilis ke?

    ReplyDelete
  4. Saya aminkan doa acik untuk cg norki. Semoga kita dilindungi Allah SWT daripada ujian penyakit yang kata acik 'kekadang tahaperhaper'

    ReplyDelete
  5. bila nak balik kuantan?beraya dan makan mi calong..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.