Pagi Rabu

Salam semua.
Bandaraya Melaka Warisan Dunia dilanda hujan lebat dan angin kencang lagi awal pagi tadi. Sejuk. Hidung siut-siut. Tapi dalam kawalan. Apa nak sarapan pagi ini ye? Ada mood rajin sikit. Oh, dah lama tak makan nasi goreng. Nasi sejuk ada, ikan goreng lebihan semalam ada, mixed vege ada, bawang putih dan bawang merah, cili hidup, ada. Apa lagi, dapatlah nasi goreng ikan mixed vege. Sedap, kata sis.


Ni apa pula? Meter paip berderet menarik perhatian saya. Inilah keadaannya di kampung-kampung kalau rumah nun jauh dari jalan utama, terpaksalah meter paip rumah diatur begini. Batang-batang paip (sekarang PVC) pusing-pusing macam ular ke rumah masing-masing. Kata orang Melaka "Ular melengkau tepi pagau"

2 comments:

  1. salam cikgu

    hari ni 20/5 1030pm
    saya baru balik dari Emergency Hospital Ampang
    Anak yg terakhir tadi pukul 5pm kena febrile fit. temperature 41.
    saya minta tak nak admitted sebab hanya viral fever.
    tgh penat penat giler , sbb Emergency tak der kerusi , terus baca blog cikgu.
    Tergelak giler giler giler
    "Ular melengkau tepi pagau"

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya "ulau melingkau tepi pagau" . Semoga anak comel sudah sihat sekarang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.