Mengapa saya selalu selesema?


Salam semua?

Saya sangat suka buah betik. Bila ke kedai buah, the first fruit saya pilih ialah betik atau papaya, macam=macam jenis ada sekarang ini kan? Yang isi warna merah jenis Hong Kong, yang kecil comel, jenis Hawaii. Bila habis stok aje, saya akan cari buah ini. Bila potong buah ini, saya potong kecil-kecil ,senang masuk mulut. Selalunya saya boleh makan separuh at one sitting selalunya selepas makan atau bila terasa lapar. Dan waktu malam pula tu, hadap TV tengok Diari AF7. Makan buah betik memudahkan kita 'membuang' esok pagi, khasnya bila saya minum banyak air teh. Adakah ini puncanya saya selalu selesema? Sebenarnya banyak sebab lagi. Antaranya: Asap (bukan 'as soon as possible") seperti asap rokok, asap kenderaan, asap kayu api bila kontraktor masak dekat rumah buat rewang, asap bakar sampah. Saya alahan kepada habuk, kepada 'bau' potong rumput, udara sejuk dan lembab. Tak boleh juga kena cahaya matahari yang sedang naik (jam 8 - 9 pagi). Waktu kerja dulu, kalau stress, banyak kerja nak buat, kenalah selesema. satu lagi, saya bersin kalau ada bau minyak wangi (yang mengancam baunya). Kalau gi mesjid, ada jemaah pakai minyak attar, ah, kena lah acuuuum saya.Kena jaga diri baik-baik. Kadang-kadang selesema saya berpanjangan satu hari tetapi tak ada temperature, tak demam, tak pening pun. Cuma hidung tu berair dan bersin perpanjangan. Sampai suami pun jauhkan diri. Cara mengatasi, ambil medication, minum air banyak-banyak dan tidur. Boleh hilang. Tapi saya kena awasi juga. So now, saya nak buat kajian adakah dengan makan buah betik, saya akan selesema. Yalah buah ni sejuk, mereka yang ada penyakit lelah tak digalakkan makan buah ni. Kakak pula tahu saya suka buah betik. Dia pun beli. Baru ni kawan tai chi beri pula sebiji. Eh, siapa nak habiskan ye. Agaknya saya boleh ambil tapi jangan melampau dan jangan disejukkan dalam fridge. Makan fresh.

Dah tiga hari saya tak makan betik waktu malam. Semalam makan sikit waktu lunch. Hari ini tak selesema pun. Tapi mohon Allah, berilah saya kesihatan yang elok . Susah juga bila selesema. Hidung asyik berair aje, tak selese solat, nak hadir perjumpaan pun rasa segan, takut berjangkit. Kena baring je. Sambil tu saya ada ambil supplement untuk megurangkan (atau mengelakkan) selesema ini (my friend?).

Pagi ini, bolehlah saya ke JJ kejap, nak tengok apa yang ada.

8 comments:

  1. Salam Kak Nora,

    He!..he!...saya pulak, jaraaaangggg sangat kena selsema (insyaallah..)dalam setahun, nak dapat selsema pun susah, begitu jugak dengan demam....TAPI!!!...kalau sekali saya kena demam...terukkkk! entahlah, kata orang kena ambil Vitamin C. Saya, sejak dulu ambil Cod Liver Oil dan Prim Rose Oil je...

    Buah-buahan memang saya suka. Sekarang ni musim buah mangga. Hari-hari saya makan mangga, tapi saya tak suka mangga muda...masammmm!. ppssttt...saya takut makan masam-masam ni...orang kata cepat kedut!...ntah ya, ntah tidak...wallahhualam!!!

    ReplyDelete
  2. kak Nora,
    saya pun sama saja masaalah nya dengan akak...tapi saya tak da makan betik hari2..apasal ya...tapi bab tak leh kena matahari dan bau bau yang tajam tu mmg lah sama....mungkin kena ikut cara kak Yan ni...makan cod liver oil dan vit c...

    ReplyDelete
  3. Yan,
    TQ ye for the recommendation. Seronoknya tak dapat selesema. Saya pun jarang demam. Dan kalau demam macam yan lah, teruk juga, boleh hilang suara.Saya ambil garlic pearl untuk mencegah selesema.

    ReplyDelete
  4. Ezzah,
    Akak ambil garlic pearl. Cuba ambil vitamin c, nak ke toilet selalu 'terkucil' he, he he. Sebenarnya, selesema heritage famili. Pagi-pagi mesti sniff, sniff, sniff. Masa inilah kena jaga-jaga supaya tak melarat.

    ReplyDelete
  5. salam alang,
    kat aussie ni sejuk..
    alang tak ble dtg la..
    hee~
    moga ALLAH kurniakan kesihatan yg berterusan buat alang..

    ReplyDelete
  6. hai aunty, ala sedapnye betik. nak sket. pat pon slalu selsema. tak tau nak buat camne. tau makan ubat je. tak tau le sampai biler.

    ReplyDelete
  7. Pa'an,
    Tapi udara di Aussie tu sesuai lah pa'an.Masa Alang kat US dulu alang tak selesema pun. Take now my dear. Singgahlah ye.

    ReplyDelete
  8. Dear Pat,
    Kita kena cegahlah, Pat,nak buat macam mana, dah bahagian kita. Cuba ambil garlic pearls untuk overall kesihatan, InsyaAllah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.