Cupcake Victory Victoria


masih panas dari oven

keluar daripada acuan

sweet victoria

Salam semua,
Victory Victoria :=)
Itulah nama si manis di atas. Nama sebenar, Cupcake Victoria. Kakak yang sedang berminat sangat baking musim cuti sekolah ini buat semalam, Sabtu. Saya ni kan marketing manager dia, lalu muatkan lah resepi Cupcake ini untuk anda.

Bahan-bahan:
Bahan A : 150 gm gula halus
180 gm majerin

Bahan B : 3 biji telur
1 camca teh esen vanila

Bahan C : Ayak bersama -
180 gm tepung gandum
1 camca teh serbuk penaik

Sedikit jem
'Sprinkler' gula warna warni untuk hiasan

Cara-cara membuatnya :

1. Pukul Bahan A hingga kembang.
2. Masukkan Bahan B. Pukul hingga rata.
3. Sendukkan Bahan C ke dalam adunan, gaul rata.
4. Isikan 1 sudu besar adunan ke dalam acuan 'cup'. Letak sedikit jem ditengah, tutup dengan sedikit adunan lagi. Ratakan. Tabur 'sprinkler' sebagai hiasan.
5. Bakar - 180 Cent. selama 20 minit.

Akan manghasilkan 26 cupcake.

Selamat mencuba Victory Victoria !!!

6 comments:

  1. Orang dalam program diet kena tengok aje tau.

    ReplyDelete
  2. kak nora,
    terima kaseh berkongsi resepi cupcakes.. saya ada hajat nak buat fondant cupcakes..

    ReplyDelete
  3. Salam hajah,
    Saya tak gemar fondant cupcakes..for the eyes only.

    ReplyDelete
  4. SALAM HAJAH,

    Wah, hajah dah jadi marketing manager lak!

    ReplyDelete
  5. Salam hajah zainab,
    Lantik diri sendiri!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.