Asyik main je!

Salam semua....
Cuti sekolah. Apa budak-budak dan kawan-kawan (anak jiran) dia buat? Yang perempuan....(yang tahap 1 nak naik tahap 2) asyik bermain Barbie doll..pakaikan fesyen itu , ganti dengan fesyen yang lain...buat skrip, main peranan barbie..drama kejap. Bosan, tengok TV pula....bosan, hadap komputer..juga ke homepage dress up Barbie. Anak jiran sebelah rumah (Siti Aishah) dah buat rumah BC macam rumah sendiri, baring-baring , lunch sama Amal. Yelah si Amal tak ade gang. Yang sekolah menengah pula (sorang teenager tu) adalah juga tolong buat kerja rumah, yang ringan-ringan aje. Lepas tu melanguk tengok TV pula, channel yang dia sukalah, mengantuk...tidur....Yang lelaki pula, yang kecik sekali tu..asyik masuk keluar rumah.Ke mana? Mana lagi kalau tidak ke rumah classmate dia, Johan ,di sebelah rumah..Johan pun macam tu juga. Kejap baik...main tembak-tembak, main roket, main bola...kejap lagi, gaduh. Yang manisnya, bila saya cadangkan dia tukar nenek...nenek si Johan jadi nenek dia, dan saya jadi nenek Johan, dia menggeleng. Sayang juga dia kat nek lang dia. Lemas saya tengok budak-budak ni asyik main aje. Gaduhlah, jeritlah, golek-goleklah, tengok TV, rebut channel dan macam-macam lagi yang buat kita geleng kepala. Satu hari, Okeylah apakata kita belajar, asyik main aje, lupa pelajaran. Nek lang beri tuisyen....free.. Budak-budak tu suka rupanya, tunggu nak tuisyen dengan teacher nek lang. Sampai cousin si Johan, Izzat (year 4) pun nak join. Pagi-pagi mereka dah siap sedia nak belajar, ulang buat maths, eng., bm. science......spelling and mental sums. Of course berlaku juga 'fighting fighting' antara yang year one. (Saya imagine agaknya macam ni berlaku di sekolah budak lelaki). Tak boleh salah sikit. Hari ini, Jumaat, JY bawa the boys, Iddin, Johan, Izzat ke masjid negeri untuk solat Jumaat. Hai, ada pelajaran agama juga dengan ustaz (budak gelar JY guru disiplin). Hopefully they behave!

Weekend ni tak ada kelas.....tapi sudahkan latihan di rumah, okey? Jangan kata lupa nak buat!!!
Nek Lang, mengapa tak ada kelas? Kita relaks dulu.....

4 comments:

  1. Nek lang...

    boleh saya antar batallion dari klang pulak...kat rumah ni lelaki nya tak de tapi sama jer lah ngan kat bc tu..melangut tengok tv..cerita indon..tak pun mengadap pc..bangun jer..celik mata terus ngadap pc..ntah apa yang penting sangat pun tak tau laa..sorang tu ..yang baya iman tu...saya suruh sidai kain..asik cakap kejap kejap kejap...makan darah jer kat rumah ni...suruh menyapu rumah pun lagik berapa minit abah dia nak balik baru dia sapu...buku langsung tak tenguk...ni dah naik angin dah ni....

    ReplyDelete
  2. Salam Ezzah,
    Cukuplah melayan batalion kat BC ni. Kejap perang, kejap aman. Agaknya perkataan "kejap, wait' itu common dalam dicky mereka. Tapi maksud "kejap" pada mereka zaman ni "masa yang agak lama".Kah, kah, kah.....'makan darah, naik angin'. jangan Zah...macam nenek kebaya aje.

    ReplyDelete
  3. Salam Hajah,

    Bagus betul Nek Lang kita ni...bg tuition kat anak buahnya!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.