Pagi ini

Salam,

Sejuuuk pagi ini di BS. Kabus di luar sana. Suasana masih sunyi.Hidung dah siut siut.

Cadang nak brisk walk naik bukit (dah lama tak exercise) tapi bila buka pintu.....sejuknya. Cancel. Tapi nampak juga beberapa 'pendaki tegar' dah turun bukit pun. Eh, pukul mereka dia orang bangun dan naik bukit tu?
Nampaknya, hadap PC jadinya. Nak ke rumah orang kat Klang, Putrajaya, BBB, oversea pun pergi juga. Apa cerita baru ke?? Broadband Cik C**c*m pun dah laju. Sukanya dia. Tak macam dulu, merangkak menguji kesabaran.
Terdengar ketukan lesung batu aka batu tumbuk jiran sebelah.....tuk, tuk, tuk.....apa yang ditumbuk ek? Ikan bilis? Bawang? Cili? Nak buat nasi goreng ke? Sibuklah jiran busy body ni!!!
Tapi, mengapa sampai sekarang dia tak mahu nak alas lesung batu dengan kain tebal sikit supaya tak kedengaran atau pun kurang sikit ketukan lesung dia tu? Sorinye, jiran ku kalau terbaca keluhan. Tapi ini cadangan okey.
Kedengaran juga bunyi burung merpati di belakang rumah. Terdengar bunyi gerakan sayapnya bila terbang. Hailah cik-cik merpati, suka sangat singgah rumah saya ye? Tempat kamu bertenggek dah diubah suai (supaya kamu tak dapat' berdiri' selesa), pun kamu datang juga. Mujur tempat kamu buat tempat bermalam dah dikepung. Kalau tidak, bertambah ramailah di 'homestay' ini.
Terdengar juga bunyi 'shim....ha...shim....' bukan panggilan nama 'hashim' tapi bunyi orang bersin. Kan sejuuuk di luar.
Terdengar juga bunyi enjin kereta, bunyi motor....jiran buka pintu utama, buka gate......oh dah hampir 8.00 pagi rupanya..yang bekerja pejabat dah start enjin, panaskan enjin kereta. Kereta dah mula lalu lalang di jalan utama. Suasana dah mula sibuk tapi tak sesibuk di BC.
Kabus ada lagi, dah cerah sikit, tapi saya masih sejuk lagi.

Okeylah, air dah mendidih tu, nak buat minuman panas, nak siapkan sarapan.

Jumpa lagi :-)

6 comments:

  1. Salam kak nora,
    beginilah kak nora berulang alik BC dan BS... letih juga kan. Tapi bila berada di rumah sendiri tentunya terasa lagi bahagia...

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi Hjh Rahmah,
    Hajah pun awal lagi dah hadap PC? Tukar-angin antara BC dan BS.

    ReplyDelete
  3. salam nora. Sejuk!!! haha.. sedap tarik selimut tu.

    ReplyDelete
  4. alang..
    sejuk2 ni kalau di ikut kan mau tido sampai ke tengahari..tapi dah tua ni mata tak mo lelap..so bangun je lah..
    Merpati tu suruh paklang tangkap jer..pastu goreng..hahahha

    Ari ni saya nak masak kari kepala ikan tongsan..kat pasar tadi kemain banyak orang beli..kata nya sedap..so saya nak cuba buat ..orang kata taruk daun kesom sikit dan gula merah...saya nak cuba ni..kalau sedap , hilang dalam perut..kalau tak sedap hilang dalam tong sampah...hahaha

    ReplyDelete
  5. Salam Zah,
    Buang masa aje Zah tidur sampai tengahari. Baik ronda-ronda ke 'rumah' orang. Ikan tongsan macam mana rupanya? Orang Cina lama panggila negeri cina, "tongsan". Kalau tak sedap panggil "tongsam".

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.